Page 19 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 19

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




                   PENGGUNAAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
                     DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
                                 DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH

                                  1 Chan Lyn Sze &  Che Aleha Ladin
                                                  2

                         1,2  Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

                                       chanlynsze@hotmail.com


                                             ABSTRAK

              Pemilihan   instrumen  yang  bersesuaian  sewajarnya  dipertimbangkan  dalam
              menjalankan proses pentaksiran bilik darjah. Keadaan ini bagi memastikan murid
              dapat ditaksir secara menyeluruh meliputi domain kognitif, afektif dan
              psikomotor mereka. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan instrumen
              pentaksiran bilik darjah yang digunakan oleh guru dalam mata pelajaran
              Pendidikan Seni  Visual  sekolah  rendah.  Kajian ini adalah satu kajian kes
              kualitatif. Kajian dilakukan di sebuah SJK(C) yang terletak di daerah Bentong,
              Pahang. Seramai dua orang guru Pendidikan Seni Visual dan dua orang murid
              dipilih sebagai peserta kajian. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis
              dokumen digunakan dalam pengumpulan data kajian. Data kajian dianalisis
              secara naratif. Proses analisis kajian turut dijalankan secara  berulang-ulang
              (iterative), serentak dengan proses pengumpulan data. Dapatan  kajian
              menunjukkan guru menggunakan pelbagai jenis instrumen Pentaksiran Bilik
              Darjah  (PBD)  untuk meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran
              Pendidikan Seni Visual (PSV). Antaranya ialah senarai semak, catatan anekdot,
              gambar aktiviti, penulisan refleksi dan rubrik semasa penilaian produk dan
              proses PSV. Pemilihan instrumen adalah berdasarkan keperluan topik dan tahap
              murid supaya penguasaan murid dapat ditaksir secara menyeluruh. Justeru,
              kajian ini mencadangkan supaya guru dapat merancang dan menentukan
              instrumen yang bersesuaian mengikut kesesuaian latar belakang yang dibawa
              oleh murid.

              Kata kunci: Instrumen, Pendidikan Seni Visual, Pentaksiran Bilik Darjah


                                             ABSTRACT

              The selection of appropriate instruments should be considered in conducting the
              classroom assessment process. This situation is to ensure that students can be
              assessed comprehensively covering their cognitive, affective and psychomotor
              domains. This study aimed to explore the use of classroom assessment
              instruments used by teachers in primary school Visual Arts Education subjects.

                                                                                    14
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24