Page 20 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 20
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
This study is a qualitative case study. The study was conducted in a SJK (C)
located in Bentong district, Pahang. A total of two Visual Arts Education
teachers and two students were selected as study participants. Methods of
observation, interviews and document analysis were used in the data collection
of the study. Study data were analysed narratively. The analysis process of the
study was also carried out iteratively, simultaneously with the data collection
process. Findings of the study show that teachers use various types of Classroom
Assessment instruments to improve students' mastery in the subject of Visual Arts
Education. Among them are checklists, anecdotal notes, activity photos,
reflective writing and rubrics during product evaluation and the Visual Arts
Education process. The selection of instruments is based on the needs of the
topic and the level of students so that students' mastery can be assessed
comprehensively. Thus, this study suggests that teachers can plan and determine
the appropriate instruments according to the suitability of the background
brought by the students.
Keywords: Instruments, Visual Arts Education, Classroom Assessment
PENDAHULUAN
Pendidikan yang berkualiti melibatkan aspek pentaksiran dalam menentukan
keberkesanan perkembangan intelektual dan potensi kreativiti seseorang individu
(Alekseeva et al., 2019). Pentaksiran yang berkesan amat bergantung kepada
guru yang kerap mengajar terhadap murid tertentu supaya pentaksiran yang
dijalankan menjadi lebih bermakna dan terancang (Rudner & Schafer, 2002).
Melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan, guru Pendidikan
Seni Visual (PSV) tidak lagi menjalankan pentaksiran yang bersifat kertas dan
pensel, sebaliknya mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronok
dan bermakna kepada para murid melalui kuiz, main peranan, permainan,
bercerita dan projek mudah (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2018). Dalam
hal ini, pemilihan instrumen yang bersesuaian sewajarnya dipertimbangkan
dalam menjalankan proses pentaksiran bilik darjah. Keadaan ini bagi
memastikan murid dapat ditaksir secara menyeluruh meliputi domain kognitif,
afektif dan psikomotor mereka. Walaupun PBD memberikan maklumat tentang
rumusan pembelajaran murid pada akhir pengajaran dan pembelajaran, namun
PBD tetap memainkan peranan yang penting untuk guru supaya dapat
memberikan kesedaran dan pengalaman yang berbeza dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
PERNYATAAN MASALAH
Bagi memastikan murid dapat menguasai dan melepasi tahap penguasaan
minimum, guru dikehendaki untuk menyediakan instrumen yang berkesan
15

