Page 22 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 22

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                2.  Mengenal pasti  kekuatan penggunaan instrumen PBD yang digunakan oleh
                    guru PSV.


                PERSOALAN KAJIAN

                Kajian ini  bertujuan  untuk  memahami  dan  meneliti  berdasarkan  dua  soalan
                kajian seperti yang berikut:

                1.  Apakah instrumen PBD yang digunakan oleh guru PSV Tahun 4 di SJK(C)?
                2.  Apakah  kekuatan  penggunaan  instrumen  PBD  yang digunakan oleh guru
                    PSV?


                METODOLOGI

                Kajian  ini  adalah  satu  kajian  kes  kualitatif.  Menerusi  kajian  ini,  kajian  kes
                digunakan bagi mengkaji jenis instrumen pentaksiran yang diimplementasi
                dalam pengajaran dan pembelajaran PSV di sebuah sekolah rendah. Data kajian
                dianalisis secara naratif. Proses analisis kajian turut dijalankan secara iteratif,
                serentak dengan proses pengumpulan data.

                Fokus Kajian

                Kajian ini dilakukan di sebuah SJK(C) yang terletak di daerah Bentong, Pahang.
                Skop  kajian  ini  memfokuskan penggunaan instrumen  PBD  dalam pengajaran
                PSV  Tahun 4. Murid Tahun 4 difokuskan dalam kajian ini kerana mereka
                merupakan kumpulan pertama yang melalui semakan Kurikulum Standard
                Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2017. Mereka juga melalui PBD sejak tahun
                2019.

                Sampel Kajian

                Kajian ini dijalankan terhadap dua orang guru PSV dan dua orang murid Tahun 4
                yang dipilih sebagai peserta kajian. Dua orang peserta kajian guru dikodkan
                dengan G1 dan G2, manakala dua orang peserta kajian murid dikodkan dengan
                M1 dan M2. Pengekodan peserta kajian dibuat berdasarkan dua buah kelas
                Tahun 4 di SJK(C) tersebut. G1 dan M1 adalah berasal dari kelas X, manakala
                G2  dan  M2  berasal  dari  kelas  Y.  Pemilihan  peserta  kajian  tersebut  tidak
                berdasarkan kepada faktor keagamaan dan jantina.

                Kaedah Pengumpulan Data

                Kaedah  pemerhatian,  temu  bual  dan  analisis  dokumen digunakan  dalam
                pengumpulan data kajian.  Data  diperoleh melalui  nota  lapangan,  catatan  temu

                                                                                     17
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27