Page 24 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 24

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                     cikgu lah kena buat tindakan susulan serta merta. Saya rasa senarai semak
                     boleh bantu.
                                                                (TB1/ G1: baris 214-217)

                     Tengok item yang ditetapkan. Item dalam senarai semak itu
                     betul...sesuai...objektif itu tercapai. Kemudian juga dapat mengukur murid
                     dengan baik. Boleh teliti dan fokus kepada item itu satu sahaja.
                                                                (TB1/ G2: baris 144-146)

               (ii)   Rekod Anekdot
               Peserta kajian G1 merekod hasil pemerhatian tingkah laku murid dalam fail RPH
               bawah bahagian refleksi guru. Didapati beliau mencatat murid dari segi
               penjanaan idea, teknik penghasilan lukisan dan amalan nilai sosial mereka. Bagi
               peserta kajian G2 pula, beliau menggunakan borang untuk merekod tingkah laku
               individu sepanjang proses PdPc. Borang rekod anekdot dapat membantunya
               mengumpulkan maklumat tingkah laku individu yang perlu difokus. Dalam
               borang tersebut,  peserta kajian G2 juga mencatatkan ulasan tentang
               perkembangan penguasaan murid berkenaan dengan mengambil kira penguasaan
               murid yang menunjukkan luar biasa khasnya domain kognitif, psikomotor dan
               afektif murid. Beliau berpendapat bahawa segala perbuatan  murid mampu
               memberikan kesan kepada penguasaan dan perkembangan  proses  seperti
               pentaksiran yang berikut;

                     Saya ambil kira perbuatan murid yang luar biasa...maksud saya
                     perbuatannya  yang menunjukkan kemahiran yang tinggi...proses guna alat
                     seni...motivasinya...yang ni saya rasanya dapat memberikan kesan...
                                                                 (TB1/G2: baris 220-223)

               (iii)  Gambar Proses dan Produk Murid
               Dua  orang peserta  kajian  guru  mengambil  gambar  murid  semasa  menjalankan
               kerja seni dan juga gambar produk seni yang telah selesai. Mereka merekod
               aktiviti murid secara visual dengan telefon pintar. Menurut peserta kajian G1,
               beliau melihat  semula  gambar selepas PdPc selesai. Penilaian secara individu
               dilakukan olehnya melalui gambar yang dirakam kerana  beliau tidak dapat
               mentaksir setiap murid ketika PdPc berlangsung.
               Bagi peserta kajian G2, gambar proses menunjukkan reaksi dan respons  murid
               dalam kerja kumpulan. Gambar karya akhir pula membantunya mentaksir dengan
               tepat dan berkesan dengan mengingat balik apa yang hendak difokuskan. Beliau
               turut menggunakan gambar untuk melihat emosi  dan reaksi  non-verbal  murid
               yang dirakam semasa aktiviti berlangsung kerana beliau  tidak dapat meneliti
               semuanya semasa PdPc.  Hal  ini  telah  membantu  guru  untuk  mendalami mesej
               dan masalah yang tidak disangka.

               (iv)  Catatan Refleksi Murid
               Kaedah refleksi yang dilakukan atas murid dapat dikesan berbeza di antara dua
               orang peserta kajian guru tersebut. Peserta kajian G1 menjalankan refleksi murid


                                                                                     19
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29