Page 23 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 23
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
bual, rakaman video dan gambar sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan
aktiviti PBD.
(i) Pemerhatian
Pemerhatian separa berstruktur telah digunakan bagi meneliti penggunaan
instrumen pentaksiran dalam aktiviti PBD PSV Tahun 4. Menerusi kajian, model
“pemerhati ikut serta” diaplikasikan oleh penyelidik dengan bertukar-tukar
peranan sebagai “orang luar” atau “peserta” yang mengambil bahagian dalam
aktiviti yang diperhatikan.
(ii) Temu Bual
Temu bual separa berstruktur digunakan dalam kajian ini dengan berpandukan
soalan temu bual yang boleh berubah-ubah dari segi urutan atau bentuk ayat
semasa temu bual dijalankan.
(iii) Analisis Dokumen
Bahan bukti dokumen yang digunakan dalam kajian ini ialah DSKP Pendidikan
Kesenian KSSR Tahun 4, buku teks, carta bahan bantu, rubrik pemarkahan,
borang pentaksiran, templat PBD, hasil karya murid, portfolio murid, fail RPH
guru, fail PBD dan senarai semak yang digunakan oleh guru. Foto dan video
yang diambil semasa proses pemerhatian dan temu bual juga digunakan dalam
kajian analisis dokumen ini.
DAPATAN KAJIAN
Instrumen PBD PSV
(i) Senarai semak
Kedua-dua peserta kajian G1 dan G2 didapati menggunakan senarai semak
sebagai instrumen PBD dengan mencatat pemerhatian terhadap murid sepanjang
proses aktiviti PSV di dalam bilik darjah. Melalui data analisis dokumen, G1 dan
G2 telah membina item-item senarai semak dengan memfokuskan tiga domain
dalam pentaksiran secara pemerhatian, iaitu kognitif, psikomotor dan afektif.
Namun begitu, peserta kajian G1 menjelaskan senarai semak tidak mampu dibuat
setiap kali PdPc. Ia sangat memerlukan pengalaman agar dapat mengendali
pentaksiran dengan berkesan. Peserta kajian G2 pula mengatakan senarai semak
dapat diguna untuk mentaksir murid dengan baik, sesuai dan tepat. Beliau
menekankan item-item yang disenaraikan kerana ia menentukan keberkesanan
pencapaian objektif PdPc.
Tapi masalahnya, kerja cikgu tak mampu buat setiap kali dengan senarai
semak itu. Kena ada pengalaman...pandai-pandai ambil perkara. Boleh
kumpul maklumat murid yang belum capai tahap, yang tak berapa pandai tu,
18

