Page 25 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 25
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
secara lisan, manakala peserta kajian G2 melakukan secara bertulis. Peserta
kajian G1 kurang menggunakan kaedah secara bertulis dalam bahagian refleksi
kerana mendapati murid lemah dalam penulisan ayat. Oleh itu, beliau lebih
gemar bertanya dalam sesi apresiasi seni secara lisan. Dengan cara ini, beliau
amat mengharapkan semua murid boleh faham serta mampu memberikan
pandangan secara langsung. Perkara tersebut turut disokong dengan data temu
bual dengan peserta kajian M1. Beliau mengatakan bahawa dia lebih cenderung
kepada tugasan refleksi dalam bentuk lisan. Beliau juga mengakui bahawa lebih
senang untuk menjawab secara lisan berbanding dengan kaedah bertulis.
Saya lebih kerap tanya murid, kemudian murid memberi pandangan. Hai ini
adalah sesuai kepada semua murid kerana murid yang lemah menulis ayat
pun boleh cakap dan menceritakan karya dengan seronok. Susahlah kalau
minta mereka tulis atau baca teks soalan.
(TB1/ G1: baris 242-245)
Peserta kajian G2 pula tetap mementingkan bahagian refleksi dalam
pengajarannya. Beliau mesti menjalankan sesi refleksi dalam setiap PdPc dengan
tujuan untuk memastikan objektif pentaksiran tercapai. Borang refleksi
disediakan berdasarkan aras kebolehan murid. Dalam borang refleksi ini, beliau
meminta murid mewarna bilangan bintang yang mewakili tahap nilai kepuasan
seperti muka smiley yang ditunjukkan. Selain daripada itu, murid juga diminta
untuk menulis pendapat dengan ayat yang pendek.
Melalui cara apa-apa pun, cikgu kena bagilah peluang murid, menilai hasil
sendiri dan kawan, ceritakan pendapat, berkongsi dengan rakan...ini juga
kaedah pentaksiran untuk menilai kefahaman, ulasan proses dan luahan
perasaan.
(TB2/ G2: baris 62-65)
Rajah 1: Borang refleksi dan maklum balas murid yang disediakan
oleh peserta kajian G2
20

