Page 28 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 28

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                oleh guru lalu membetulkan kemahiran seni mereka. Berdasarkan data temu bual
                dengan peserta kajian G1, beliau menjadikan pemerhatian sebagai proses untuk
                meneliti perkembangan kognitif murid dalam menyelesaikan masalah yang
                timbul semasa berkarya. Dapatan kajian juga menunjukkan fokus guru terhadap
                perkembangan murid dengan mengambil kira tindakan yang bernas dalam
                meningkatkan dan memantapkan penguasaan pembelajaran PSV murid dengan
                berkesan.


                PERBINCANGAN

                Secara umumnya, guru telah menggunakan pelbagai kaedah dalam pelaksanaan
                pentaksiran Pendidikan Seni Visual di dalam bilik darjah seperti yang
                dicadangkan dalam panduan Pentaksiran Bilik Darjah oleh KPM. Ia juga selaras
                dengan perbincangan oleh Gruber (2008) tentang pentaksiran yang menyeluruh
                daripada gabungan kaedah yang berbeza. Rubrik dan pemerhatian guru dikenal
                pasti untuk meneliti proses artistik dalam aspek kemahiran serta teknik murid
                ketika menghasilkan sebuah produk seni. Tambahan, pentaksiran secara lisan
                dan bertulis lebih sesuai dalam sesi apresiasi seni untuk menilai pemikiran
                kritikal murid dengan gaya estetika.

                Melalui pelbagai metod pentaksiran, murid juga didapati terdedah kepada
                berbagai-bagai situasi yang dapat melatih kemahiran membanding beza,
                menganalisis, membuat keputusan, mereka cipta, meneroka, menyelesaikan
                masalah dan berkomunikasi berdasarkan empat teras utama DBAE
                (Arumugham, 2020; Beattie, 1997; Day, 1985). Berdasarkan dapatan kajian,
                kepelbagaian kaedah pentaksiran secara tidak langsungnya menepati empat teras
                utama PSV (DBAE), iaitu produk seni, sejarah seni, kritikan seni dan estetika.
                Dalam hal ini, dapatan kajian ini selaras dengan pandangan Beattie (1997) yang
                mengetengahkan bahawa pentaksiran  PSV  yang menyeluruh memerlukan
                pendidik seni untuk menganalisis, memerhati dan mengukur prestasi seseorang
                murid dengan berpandukan kaedah yang berbeza.

                Dapatan  kajian  menunjukkan  instrumen  dan  kaedah  pentaksiran  diperincikan
                dengan baik agar sejajar dengan kandungan DSKP semasa merancang aktiviti
                pentaksiran. Dapatan ini menggambarkan ketepatan dengan kajian Wan Mohd
                Zuhairi (2017) yang mengatakan guru harus mengambil berat terhadap strategi
                pengurusan instrumen dan  bukti (evidens)  pentaksiran supaya dapat
                dimanfaatkan pada bila-bila masa. Dengan maklumat pentaksiran, guru dapat
                membuat modifikasi pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian dan
                keberkesanannya.

                Peranan guru amat penting bagi memastikan PBD diberikan penekanan terhadap
                perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Veloo, 2011). Ini
                turut disokong dengan pandangan Habibah (2016),  yang menegaskan peranan

                                                                                     23
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33