Page 29 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 29

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              guru sangat penting dalam menjamin amalan pentaksiran yang berkesan dan
              merangsang pembelajaran murid.


              KESIMPULAN

              Berpandukan konsep  PBD, penguasaan murid ditaksir secara holistik.
              Pentaksiran dalam PSV memfokuskan penilaian proses dan produk seni murid
              yang melibatkan  domain kognitif, psikomotor dan afektif. Menerusi instrumen
              yang digunakan, pembelajaran  PSV  dapat membantu murid memperoleh dan
              memperluaskan pengalaman estetika, pengetahuan dan kemahiran psikomotor ke
              arah pembelajaran yang lebih bermakna dan seimbang  dengan adanya
              pentaksiran yang bersesuaian dengan tahap murid.

              Penggunaan instrumen penting dalam memastikan penguasaan murid mencapai
              objektif pembelajaran yang dikehendaki. Dapatan kajian mendapati penggunaan
              instrumen yang berkesan dapat mentaksir secara autentik pencapaian
              keseluruhan murid. Guru lebih telus dalam melakukan pentaksiran. Murid pula
              akan menjadi lebih yakin, berasa dihargai, bermotivasi dan berani untuk
              meneroka ilmu pengetahuan secara mendalam melalui aktiviti seni yang
              disediakan oleh guru kerana mereka tahu apa yang ditaksir oleh guru.
              Pengetahuan  guru  PSV  dikenal pasti memberikan kesan terhadap pentaksiran.
              Dapatan  kajian  menggambarkan  guru  jarang  memanfaatkan  rubrik  penskoran
              secara holistik disebabkan kefahaman yang kurang mendalam. Guru memerlukan
              tahap pengetahuan yang luas supaya dapat mengaplikasi serta mengaitkan ilmu
              yang relevan dengan amalan praktikal pengajaran harian.

              Guru juga perlu bersifat terbuka untuk menerima dan berhadapan dengan norma
              pentaksiran baharu yang disaran oleh KPM, iaitu pentaksiran secara formatif dan
              berterusan. Guru hendaklah menyediakan bahan dan aktiviti mengikut keperluan
              dan kepentingan konsep pembelajaran secara berterusan tanpa membandingkan
              murid dengan gred atau skor.














                                                                                    24
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34