Page 26 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 26
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
(v) Rubrik
Rubrik merupakan instrumen pentaksiran yang sangat penting dalam
pelaksanaan PBD (Jadual 1). Ia dikesan sebagai panduan untuk memastikan guru
meletakkan Tahap Penguasaan (TP 1 – TP 6) dengan tepat kepada hasil
pentaksiran murid. Selain daripada guru, peserta kajian murid juga didapati telah
jelas kerana mereka berupaya menyatakan TP minimum yang harus dicapai serta
memahami kehendak dalam pencapaian TP yang tinggi. Bukti data analisis
dokumen menunjukkan DSKP dan buku Pelaporan PBD telah dikenal pasti
sebagai bahan rujukan utama kepada dua orang peserta kajian guru tersebut.
Berbeza dengan peserta kajian G1, peserta kajian G2 menggunakan dua jenis
rubrik, iaitu rubrik holistik dan rubrik analitik secara serentak dalam pentaksiran
hasil karya murid. Menurut beliau, huraian data tafsiran rubrik dalam DSKP
terlalu umum kerana huraian TP yang ditunjukkan tidak dapat memberikan
gambaran yang jelas tentang hasil karya. Oleh hal demikian, beliau sendiri
membina satu rubrik analitik untuk mentaksir hasil karya murid.
Peserta kajian G2 turut mencadangkan guru yang kurang pengalaman
menggunakan rubrik analitik agar dapat melakukan pentaksiran secara berkesan
berdasarkan kriteria tertentu. Melalui penerangan pemarkahan analitik dapat
menggambarkan kelemahan dan kekuatan individu yang dikuasai dengan lebih
jelas dan senang ditaksir.
Jadual 1: Rubrik Analitik yang digunakan oleh Peserta Kajian G2
Kriteria Markah Huraian/ Penerangan Memuaskan Baik Cemerlang
· Sesuai dengan kehendak tajuk.
Tema 10 · Penyampaian mesej yang jelas, positif 1-4 5-7 8-10
dan sihat.
· Kreatif dari segi olahan idea dalam
lakaran.
Kreativiti 40 · Inovatif dan kepelbagaian aplikasi 1-14 15-29 30-40
alat, bahasa dan teknik.
· Dapat menarik perhatian khalayak.
· Teknik melukis – komposisi subjek
mantap dan lengkap.
· Teknik mewarna – ton warna, cerah
Kemahiran 40 dan padanan yang sesuai. 1-14 15-29 30-40
· Manipulasi alat dan bahan. (cat air,
oil pastel)
· Kemasan dan kebersihan
Sikap dan 10 · Kesungguhan 1-4 5-7 8-10
Sahsiah · Ada nilai estetik
Jumlah
Markah) 100 1-39 40-75 76-100
21

