Page 27 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 27
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Kekuatan Penggunaan Instrumen PBD PSV
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan rubrik dapat membantu guru untuk
mentaksir secara autentik dan boleh dipercayai. Berdasarkan panduan rubrik,
guru lebih yakin semasa mentaksir dan murid juga tahu apa yang akan ditaksir
oleh guru. Senarai semak yang diguna turut memudahkan urusan guru untuk
menyemak pencapaian dan kebolehan murid. Hal ini telah memberikan kesan
dalam pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran secara efektif apabila
guru hanya bertumpu kepada item-item penting sahaja dalam proses mentaksir.
Dalam senarai semak jelas dengan item yang berhubung domain kognitif,
psikomotor dan afektif...boleh capai objektif juga. Saya rasa ni berkesan
kalau buat secara berterusan. Tumpu pada item yang perlu sahaja dan lihat
item yang ditetapkan itu...
(TB1/ G1: baris 211-214)
Tengok item yang ditetapkan. Item dalam senarai semak itu
betul...sesuai...objektif itu tercapai. Kemudian juga dapat mengukur murid
dengan baik. Boleh teliti dan fokus kepada item itu satu sahaja.
(TB1/ G2: baris 144-146)
Data kajian melalui temu bual dengan peserta kajian G1 menunjukkan bahawa
kebanyakan muridnya bersikap positif dan dapat menunjukkan motivasi yang
tinggi dalam penghasilan karya. Daripada peserta kajian G1, dapat dikesan
bahawa kesungguhan dan emosi gembira murid dalam aktiviti seni. Afektif
murid turut didapati mampu melahirkan tingkah laku yang positif dalam
pemupukan nilai sahsiah diri dan pergaulan sosial secara semula jadi. Murid
yang mempunyai afektif tinggi berupaya bertindak sendiri melakukan perkara
dengan penuh disiplin. Amalan ini terserlah di sepanjang proses pembelajaran.
Dalam sesi temu bual dengan peserta kajian G2, pelaksanaan PBD didapati telah
memberi peluang cuba untuk jaya kepada murid yang kurang pandai. Murid
dikesan menunjukkan usaha dan keyakinan diri untuk mengikut teknik yang
diajar oleh guru. Menurut peserta kajian G2, meskipun masih ramai murid yang
buat kesilapan tetapi hasil kerja mereka mampu mencapai tahap minimum yang
memuaskan kerana mereka dapat menguasai kemahiran yang telah diajar. Bagi
murid yang kurang pandai dalam penguasaan kemahiran, peserta kajian guru
terus memberikan bimbingan dalam bentuk pemulihan sehingga mereka berjaya
menguasai tahap minimum. Walaupun perkembangan murid lambat, namun
langkah ini dapat menunjukkan hasil.
Dari segi tahap penguasaan murid dalam kemahiran menyelesaikan masalah,
murid didapati menunjukkan perubahan positif selepas ditegur oleh peserta
kajian guru. Perkara ini berlaku apabila guru mengesan kesilapan murid semasa
PdPc. Selepas menegur, murid berfikir dan memerhati cara yang ditunjukkan
22

