Page 32 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 32
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
MELALUI MEDIUM GOOGLE CLASSROOM
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU: CABARAN DAN CADANGAN
1 Zahiah Haris @ Harith, Ph.D & Mustapha Kamal Ahmad Kassim, Ph.D
2
1,2 IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
zahiah@ipgkik.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran dan cadangan siswa guru IPG
Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dalam talian melalui medium Google Classroom dalam norma baharu kesan
daripada pandemik COVID-19. Kajian ini melibatkan lapan orang siswa guru
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang belajar dalam talian menggunakan
medium Google Classroom semasa proses PdP. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif. Dapatan kajian mendapati cabaran yang dihadapi oleh
siswa guru ialah capaian internet tidak stabil, tutorial yang bayak daripada semua
subjek, data internet banyak digunakan, masalah teknikal komputer riba,
pelibatan siswa guru kurang aktif, gangguan persekitaran, pengisian semasa
pengajaran dalam talian tidak boleh diulang tayang dan bahan dalam Google
Classroom tidak tersusun dengan baik. Manakala cadangan oleh siswa guru ialah
aktiviti Google Classroom dilaksanakan secara berkumpulan, memaklumkan
kepada pensyarah sekiranya mengalami masalah internet yang tidak stabil,
melibatkan siswa guru secara aktif dalam PdP, siswa guru dibenarkan untuk
belajar di kampus jika menghadapi capaian internet di kampung halaman dan
mempelbagaikan kaedah penyediaan bahan menggunakan medium yang lain.
Kata kunci: PdP dalam talian, medium Google Classroom, cabaran dan
cadangan
ABSTRACT
This study aims to examine the challenges and suggestions of trainee teachers of
IPG Ilmu Khas Campus, Kuala Lumpur on online teaching and learning
through the medium of Google Classroom in the new norm of the COVID-19
pandemic. The study involved eight trainee teachers of the Bachelor of Teaching
Program who studied online using the Google Classroom medium during the
teaching and learning process. This study uses a qualitative approach. The
findings of the study found that the challenges faced by trainee teachers are
unstable internet access, many tutorials from all subjects, internet data is widely
27

