Page 33 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 33

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              used, laptop technical problems, less active trainee teachers' involvement,
              environmental disturbances, online teaching can not be replayed and the
              material  in  Google  Classroom  is  not  well  organized.  While  the suggestions
              suggested by the student teachers include, Google Classroom activities are
              implemented in groups, inform the lecturers if they have unstable Internet
              problems, involve student teachers actively in PdP, trainee teachers are allowed
              to study on campus if they have internet access problem in their hometown and
              diversify method of material preparation using other mediums.

              Keywords: Online teaching and learning, Google Classroom medium, challenges
              and recommendations


              PENDAHULUAN

              Semasa artikel ini ditulis, pandemik COVID-19 sehingga kini di Malaysia masih
              belum berakhir malah bilangan kes semakin meningkat. Perintah Kawalan
              Pergerakan (PKP) 1.0 bermula di Malaysia pada 18 Mac 2020 dan terkini berada
              dalam fasa PKP 3.0 kerana kes positif harian mencapai 8,000 kes. Hal ini amat
              membimbangkan. Untuk memastikan rantaian  COVID-19  dapat diputuskan,
              semua penduduk di Malaysia diarahkan berada dalam rumah termasuklah
              institusi pendidikan ditutup. Hal ini memberi kesan kepada proses pengajaran
              dan pembelajaran anak-  anak di sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan
              swasta. Oleh yang demikian, medium yang digunakan oleh guru dan pensyarah
              dalam proses PdP  dalam talian adalah melalui pelantar Google Classroom,
              Google Meet, Zoom dan lain-lain.

              Kajian Literatur

              Menurut Siti Asmah dan Maisurah (2020),  Google  Classroom  (GC) adalah
              pembelajaran digital yang tersedia secara percuma yang membolehkan pensyarah
              berhubung dengan pelajar secara dalam talian. Sesiapa sahaja yang mempunyai
              akaun Google boleh menggunakan perkhidmatan ini. Hal ini juga bertepatan
              dengan pendapat Shaharanee (2016),  yang menjelaskan pensyarah dapat
              menyediakan sebuah pelantar yang boleh menyediakan dan mengurus kelas,
              memuat turun dokumen, memberi dan membuat penilaian tugasan, berkongsi
              maklum balas dan lain-lain lagi.

              Begitu  juga bagi pelajar, mereka boleh menggunakan perkhidmatan GC untuk
              mengakses dan menggunakan bahan pembelajaran, berinteraksi dengan
              pensyarah dan pelajar lain, menyerahkan tugasan dan menerima penilaian semula
              serta menerima maklum balas. Seterusnya bagi pentadbir GC juga boleh
              mengawasi kerja pensyarah dan pelajar dengan menyertai kelas-kelas yang
              dibuat oleh pensyarah untuk memantau kelas yang dilaksanakan melalui GC.
              Antara kelebihan GC ialah sebuah pelantar yang boleh dimuat naik atau memuat

                                                                                    28
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38