Page 34 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 34

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               turun dokumen yang diakses melalui internet. GC juga boleh dijadikan sebagai
               satu stor untuk menyimpan hasil kerja pelajar dalam format tanpa kertas, satu
               mekanisma untuk memberi, menerima dan mengenal pasti akan penilaian dan
               tugasan pelajar serta mempunyai ciri penggredan yang mudah (Iftakhar, 2016).


               PERNYATAAN  MASALAH

               Institut Pendidikan Guru Kampus di seluruh Malaysia telah diarahkan
               menggunakan GC dalam proses PdP dalam talian dengan disediakan e-mel e-
               pembelajaran untuk setiap pelajar dan pensyarah. Walau bagaimanapun terdapat
               beberapa cabaran dalam perlaksanaan GC di Institut Pendidikan Guru Kampus
               kerana ianya merupakan aktiviti PdP norma baharu dalam situasi pandemik
               COVID-19. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal  pasti
               cabaran siswa  guru dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian
               melalui medium  Google  Classroom  di IPG Kampus Ilmu Khas.  Tujuan kedua
               pula  adalah  untuk menganalisis cadangan siswa guru dalam  PdP  secara dalam
               talian melalui medium Google Classroom di IPG Kampus Ilmu Khas.


               OBJEKTIF  KAJIAN

               Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

               1.     Mengenal pasti cabaran siswa guru dalam PdP secara dalam talian
                      melalui medium Google Classroom di IPG Kampus lmu Khas.
               2.     Menganalisis cadangan siswa guru dalam PdP secara dalam talian
                      melalui medium Google Classroom di IPG Kampus Ilmu Khas.


               PERSOALAN KAJIAN

               1.     Apakah cabaran siswa guru dalam PdP secara dalam talian melalui
                      medium Google Classroom di IPG Kampus Ilmu Khas?
               2.          Apakah cadangan siswa guru dalam PdP secara dalam talian melalui
                      medium Google Classroom di IPG Kampus Ilmu Khas?


               METODOLOGI

               Kajian ini  merupakan  kajian  kes  dengan menggunakan  pendekatan  kualitatif.
               Menurut Sabitha Marican (2009), kajian kes ialah sejenis kajian untuk mengkaji
               dan menjelaskan satu kelompok yang kecil secara mendalam. Creswell (2003),
               pula menjelaskan kajian kes merupakan strategi reka bentuk kajian yang paling
               berkesan kerana memiliki ciri-ciri kesahan yang tinggi. Seterusnya Fraenkel dan

                                                                                     29
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39