Page 35 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 35
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Wallen (2010), pula berpendapat bahawa kajian kualitatif adalah kajian yang
mengkaji kualiti sesuatu hubungan, aktiviti, situasi, dan barangan. Hal ini
bertepatan dengan Chua Yan Piaw (2011) yang menghuraikan, pendekatan
kajian kualitatif banyak mempunyai unsur seperti emosi, motivasi dan empati
yang berkaitan dengan keadaan semula jadi individu atau kumpulan tertentu dan
adalah lebih sesuai diselidik melalui kajian kualitatif, kerana unsur-unsur ini
tidak dapat dihuraikan berdasarkan angka-angka data kuantitatif sahaja.
Sehubungan dengan itu, pemilihan kajian ini sebagai kajian kes dengan
menggunakan pendekatan kualitatif amat bersesuaian kerana bertujuan untuk
mengkaji tentang cabaran dan cadangan PdP dalam talian melalui medium
Google Classroom di Insitut Pendidikan Guru. Hal ini kerana kajian
penyelidikan kualitatif akan melalui temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin
maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi (temu bual, analisis dokumen
dan pemerhatian) itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan kajian, (John,
1983).
Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan seramai lapan orang siswa guru semester empat di IPG
Kampus Ilmu Khas. Siswa guru tersebut terlibat secara langsung dengan PdP
secara dalam talian melalui medium Google Classroom di IPG Kampus Ilmu
Khas kerana dalam tempoh PKP Pemulihan.
Instrumen Pengumpulan Data
Instrumen kajian ini menggunakan protokol temu bual separa berstruktur melalui
aplikasi Whatsapp berasaskan kepada objektif kajian ini. Satu set protokol telah
disediakan untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab soalan kajian ini.
Analisis Data
Seterusnya pengkaji menganalisis hasil temu bual secara tematik untuk
mengenal pasti tema-tema yang wujud daripada persoalan-persoalan kajian
tersebut.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian di bawah ini akan dibincangkan satu persatu berdasarkan objektif
kajian yang telah dinyatakan sebelum ini.
30

