Page 37 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 37

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              pengisian semasa pengajaran dalam talian tidak boleh diulang tayang. Hal ini
              bertepatan dengan kata-kata peserta kajian kelima, “Terlepas info/pengisian yg
              tidak boleh di ulang tayang (replay).” Cabaran ketujuh pula ialah bahan dalam
              Google Classroom tidak disusun dan secara umum. Hal ini selari dengan kata-
              kata peserta kajian keenam, “Turut menjadi cabaran apabila kadang-kala terdapat
              bahan-bahan yang diberikan di dalam Google Classroom tidak disusun dengan
              spesifik yang boleh mengelirukan terutama apabila ingin digunakan dalam masa
              yang tergesa-gesa.” Seterusnya peserta kajian kelapan yang menyatakan, “nota
              berkaitan tajuk yang diajar kurang (terlalu umum)”.

              Cadangan siswa  guru  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  secara dalam
              talian melalui medium Google Classroom di IPG Kampus Ilmu Khas

              Terdapat empat cadangan siswa guru di IPG Kampus Ilmu Khas dalam  PdP
              secara dalam talian melalui medium Google Classroom.    Cadangan pertama
              adalah aktiviti GC dilaksanakan secara berkumpulan dan pelbagai. Hal ini
              bertepatan dengan kata-kata peserta  kajian pertama, “buat kerja tutorial dalam
              kumpulan.” Seterusnya kata-kata peserta kajian kedua yang menjelaskan,
              “Antara cadangan penambahbaikan adalah jika banyak bahan media dikongsikan
              oleh pensyarah, maka siswa guru perlu memuat turun bahan dengan data internet
              yang banyak. Sebaiknya, pensyarah boleh meminimakan saiz bahan yang
              diberikan iaitu melebihkan banyak bahan berbentuk gambar dan sekiranya
              terdapat keperluan untuk berkongsikan video, masukkan bahagian video yang
              penting dan relevan sahaja. Jika siswa guru tidak cukup kuota internet, boleh
              jalankan kelas segerak (kelas secara langsung) pada waktu antara 8.00 pagi
              hingga 6.00 petang di mana semua penggunakan Telco dapat internet 1GB secara
              percuma.” Seterusnya peserta kajian ketiga pula mengatakan, “Melaksanakan
              pembelajaran secara koperatif semasa Google Meet untuk menggalakkan pelajar
              terlibat dalam PdP. Sebagai contoh forum, debat, perbincangan dan sebagainya.”
              Seterusnya peserta kajian pula mengatakan, “Pensyarah memilih untuk menbuat
              secara segerak atau tidak segerak secara berkala.”

              Cadangan kedua pula ialah memaklumkan kepada pensyarah sekiranya
              mengalami masalah Internet yang tidak stabil. Hal ini selari dengan peserta
              kajian kedua yang mengatakan, “memaklumkan kepada pensyarah tentang
              masalah  talian.”  Seterusnya  cadangan  ketiga pula  ialah  melibatkan  siswa  guru
              secara aktif dalam PdP. Hal ini selari dengan kata-kata peserta kajian ketiga,
              “Sentiasa melibatkan siswa guru aktif dan terlibat dalam  PdP.”  Cadangan
              keempat pula ialah siswa guru dibenarkan untuk belajar di kampus jika
              menghadapi capaian  iInternet di kampung halaman. Hal ini dinyatakan oleh
              peserta kajian keempat iaitu, “siswa guru diberi pelepasan untuk pulang ke
              kampus untuk penggunaan internet yang lebih laju.” Begitu juga peserta kajian
              kelapan yang menyatakan, “menyediakan jaringan internet yang stabil.”




                                                                                    32
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42