Page 36 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 36

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                Cabaran siswa guru dalam PdP secara dalam talian melalui medium Google
                Classroom di IPG Kampus Ilmu Khas

                Terdapat tujuh cabaran siswa guru di IPG Kampus Ilmu Khas dalam PdP secara
                dalam talian melalui medium Google Classroom. Cabaran pertama ialah capaian
                internet tidak stabil. Hal ini seperti pernyataan peserta kajian pertama yang
                menyatakan “masalah talian (cuaca yang tak menentu)”. Seterusnya dinyatakan
                oleh peserta kajian kedua, “Cabaran utama adalah dari segi capaian kelajuan
                internet di mana tidak semua siswa guru mempunyai capaian internet yang baik
                apabila berada di kampung halaman masing-masing. Ini menyukarkan mereka
                untuk muat turun bahan-bahan atau menghantar tugasan di Google Classroom.
                Senario  ini  sering  terjadi  dalam  kalangan  siswa  guru  yang  tinggal  di  kawasan
                pedalaman dan sewaktu hujan yang lebat.” Begitu juga peserta kajian ketiga
                yang menyatakan, “Kekangan  jaringan internet yang agak memuaskan kerana
                perlu berkongsi  wifi  bersama dengan pelajar lain dan menyebabkan jaringan
                menjadi agak perlahan.”

                Peserta  kajian  keempat pula  menyatakan,  “Siswa  guru  menghadapi  masalah
                capaian talian kerana berada di kawasan  internet yang kurang laju.” Peserta
                kajian kelima menyatakan, “Jaringan internet tak stabil.” Peserta kajian keenam
                juga menjelaskan, “Cabaran menggunakan medium  Google  Classroom  untuk
                PdP secara atas talian bagi pendapat saya adalah cabaran dari sudut keperluaan
                dalam penggunaan rangkaian internet untuk mengakses  Google  Classroom
                adalah agak melecehkan terutamanya apabila berhadapan dengan kekangan
                sambungan internet (bahan  loading etc).” Peserta kajian ketujuh juga
                menyatakan, “Gangguan internet yang berlaku tanpa diduga seperti sewaktu
                hujan.” Begitu juga peserta kajian kelapan menyatakan, “tiada jaringan internet
                yang stabil.” Beliau menyambung lagi, “mengalami kesukaran untuk memuat
                naik video kerja kursus kerana Google Classroom tidak dapat menampung kuota
                video yang berat.”

                Cabaran kedua ialah tutorial yang banyak daripada semua subjek. Hal ini
                bertepatan dengan kata-kata peserta kajian pertama yang menyatakan, “tutorial
                yang banyak dari semua subjek.” Begitu juga dengan peserta kajian ketujuh yang
                mengatakan, “Tugasan tutorial dan  kerja kursus yang agak banyak.”  Cabaran
                ketiga ialah masalah teknikal komputer  seperti kata-kata peserta kajian ketiga
                yang menyatakan, “Masalah teknikal laptop seperti audio/camera rosak.” Peserta
                kajian keempat juga mengatakan, “Kadang  kala  peranti yang digunakan
                menghadapi masalah ataupun  software update  yang tidak menentu.”  Cabaran
                keempat pula merupakan penglibatan siswa guru yang kurang aktif. Perkara ini
                dapat difahami melalui kata-kata peserta kajian ketiga yang menyatakan, “Pelajar
                menjadi kurang aktif kerana tiada aktiviti secara hands on.”.

                Cabaran kelima ialah gangguan persekitaran. Hal ini dinyatakan oleh peserta
                kajian kelima iaitu, “gangguan  environment.”.  Cabaran keenam pula adalah

                                                                                     31
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41