Page 38 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 38
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Cadangan kelima pula mempelbagaikan kaedah penyediaan bahan menggunakan
medium yang lain. Hal ini bertepatan dengan pendapat peserta kajian keenam,
“aspek penyusunan bahan perlu spesifik dan terperinci contohnya dengan
melabelkan bahan dengan topik ke berapa, tajuk besar, tajuk kecil dan sebagai.”
Begitu juga peserta kajian ketujuh yang mengatakan, “menyediakan alternatif
bagi siswa guru yang mempunyai gangguan internet seperti menonton semula
rakaman pengajaran.” Begitu juga peserta kelapan juga menyatakan,
“mempelbagaikan nota bagi setiap tajuk” dan “menggunakan medium lain untuk
menghantar video”.
PERBINCANGAN
Pembelajaran dalam talian merupakan satu alternatif tetapi banyak cabaran yang
perlu dihadapi oleh pelajar dalam situasi pandemik COVID-19. Maka diperlukan
satu penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Menurut Siti Asmah dan
Maisurah (2020), pensyarah atau pelajar tidak pernah mempunyai pengalaman
sebelumnya dalam pembelajaran melalui Google Classroom dan pensyarah juga
mempunyai pengetahuan dan pengalaman teknologi yang terhad akan tetapi
mereka berjaya mengatur Google Classroom dengan berkesan untuk PdP.
Ehwan Ngadi (2020), telah menerangkan tiga implikasi utama dilihat menjadi
cabaran besar kepada pendidik bagi menjalankan pembelajaran dalam talian,
iaitu kebolehcapaian internet dan kestabilan pelantar pengajaran, pengurusan
emosi serta pentaksiran secara holistik. Jabatan Pembangunan Kemahiran
Malaysia (2020), merumuskan lima cabaran yang dihadapi semasa pembelajaran
dalam talian iaitu capaian kepada kemudahan internet, tiada kemudahan
komputer atau telefon bimbit, suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk
belajar, keberkesanan pembelajaran dan penyalahgunaan internet.
Sehubungan itu, cadangan siswa guru dalam kajian ini bertepatan dengan kajian
Rizqon Halal Syah Aji (2020), yang menyatakan bahawa untuk memastikan
pembelajaran dalam talian dapat dijalankan dengan baik, mahasiswa hendaklah
mempunyai fasiliti yang lengkap, pembelajaran dalam talian perlulah fleksibel,
memotivasi untuk lebih aktif belajar dan mempunyai jarak yang jauh dengan
mahasiswa lain yang dapat mengelak penularan wabak ini.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pengkaji merumuskan terdapat banyak cabaran yang
dihadapi oleh siswa guru dalam proses PdP dalam talian melalui medium Google
Classroom dalam tempoh pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, ianya
dapat diatasi melalui perbincangan yang baik antara pensyarah dengan siswa
33

