Page 40 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 40

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                      PEDAGOGI GURU DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
                           MURID KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN

                                                     2
                             1  Liong Kon Thai, Phd. &  Johanes Bulot@Bulat

                                    1,2 IPG Kampus Keningau, Sabah.

                                      liongkonthai7370@gmail.com


                                              ABSTRAK

               Pencapaian matematik  murid  ketidakupayaan  pendengaran  sekolah rendah di
               Malaysia pada masa kini masih berada pada tahap lemah. Guru merupakan salah
               satu faktor yang signifikan dalam mempengaruhi tahap pencapaian matematik
               murid. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana pelaksanaan
               pedagogi guru dalam pengajaran matematik murid ketidakupayaan pendengaran
               daripada lima aspek iaitu pendekatan pengajaran, strategi pengajaran, kaedah
               pengajaran, pengetahuan kandungan dan pedagogi, serta media pengajaran.
               Seramai 34 orang guru matematik yang mengajar murid tahap dua telah dipilih
               secara rawak dari sembilan buah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas program
               masalah pendengaran di Malaysia. Kaedah gabungan penjelasan (mix  method
               explanatory) telah digunakan untuk mengumpul data melalui soal selidik dan
               protokol  temu bual. Data soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan
               Statistical Package for the Social Science (SPSS) manakala data protokol temu
               bual dianalisis melalui kaedah analisis tema. Hasil analisis keseluruhan
               menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan kandungan dan pedagogi
               dalam pengajaran matematik murid ketidakupayaan pendengaran pada tahap
               tinggi (min=4.13,sp=0.41), khususnya dalam item mengubah  suai pendekatan
               (88.2%), strategi (94.1%), dan kaedah (94.1%) mengikut keupayaan murid.
               Walau bagaimanapun, analisis item menunjukkan kebanyakan guru
               mengamalkan pengajaran konvensional yang menggunakan papan putih dan pen
               maker  (91.2%) serta hafalan (82.4%) pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga
               mendapati guru kurang menggunakan komputer dalam pengajaran matematik
               (47.1%). Dapatan temu bual telah memberikan justifikasi tentang pelaksanaan
               pedagogi guru dalam pengajaran matematik. Implikasinya, pencapaian
               matematik murid akan terjejas jika guru masih mengamalkan pengajaran
               konvensional, hafalan dan kurang menggunakan alat teknologi maklumat.

               Kata kunci:  pedagogi pengajaran matematik, pencapaian matematik, murid
               ketidakupayaan pendengaran





                                                                                     35
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45