Page 43 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 43
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Instrumen Kajian
Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik dan protokol
temu bual. Soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A yang
mengumpul maklumat demografi manakala Bahagian B mengandungi 28 item
yang merangkumi lima aspek dalam pedagogi pengajaran matematik iaitu
pendekatan pengajaran (5 item), strategi pengajaran (5 item), kaedah pengajaran
(10 item), pengetahuan kandungan dan pedagogi matematik (4 item) serta media
pengajaran (4 item). Soal selidik itu telah dikaji kesahan dan kebolehpercayaan.
Kesahan muka dan kandungan juga telah pun dikenal pasti melalui lima orang
pakar bidang dan bahasa. Nilai Alfa Cronbach keseluruhan soal selidik ialah
0.769 dengan nilai Alfa Cronbach setiap aspek adalah melebihi 0.7. Maka, soal
selidik ini adalah sah digunakan untuk tujuan pengumpulan data tentang
pedagogi pengajaran matematik.
Skala likert 5 tahap telah digunakan dalam soal selidik ini iaitu “1 untuk sangat
tidak setuju”, “2 untuk tidak setuju”, “3 untuk kurang setuju”, “4 untuk setuju”
dan “5 untuk sangat setuju”. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini telah
digabungkan dengan pernyataan “Tidak Bersetuju (TB)” dan “Bersetuju (B)”.
“Tidak Bersetuju” telah menggabungkan data skala 1, 2 dan 3 manakala
“Bersetuju” adalah daripada skala 4 dan 5. Tahap skor min item soal selidik telah
menggunakan konsep interpretasi Jamil (2002), yang mempunyai tiga tahap,
iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Bagi setiap item, tahap interpretasi telah
ditafsirkan dengan skor tahap rendah 1.00 hingga 2.33, tahap sederhana 2.34
hingga 3.66 dan tahap tinggi 3.67 hingga 5.00. Sementara itu, protokol temu bual
adalah set soalan-soalan yang diajukan kepada guru matematik yang berkaitan
dengan dapatan kajian. Tujuan dapatan data temu bual adalah untuk memberikan
justifikasi dan penjelasan kepada dapatan yang diperoleh daripada soal selidik
tentang pedagogi pengajaran matematik.
Pelaksanaan Kajian
Soal selidik telah dihantar untuk dijawab ke SKPK dan pihak sekolah diminta
untuk mengembalikannya kepada pengkaji dengan menggunakan sampul surat
prabayar yang telah disediakan oleh pengkaji. Data telah dianalisis melalui
analisis deskriptif iaitu min, sisihan piawai dan peratus. Temu bual dilaksanakan
setelah selesai analisis data yang diperoleh daripaad soal selidik. Data temu bual
telah ditranskripsikan dan dianalisis dengan menggunakan analisis tema.
DAPATAN KAJIAN
Pendekatan Pengajaran
Dapatan kajian adalah untuk menjawab dua persoalan kajian. Bagi menjawab
persoalan kajian pertama, analisis deskriptif digunakan. Jadual 1 menunjukkan
38

