Page 45 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 45

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




               Strategi Pengajaran

               Merujuk Jadual 2, secara keseluruhannya guru telah melaksanakan pengajaran
               matematik dengan menggunakan strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid,
               pengajaran berpusatkan bahan, berpusatkan aktiviti atau tugasan, dan ubah suai
               strategi pengajaran mengikut keupayaan murid pada tahap yang tinggi (min=4.31,
               sp=0.71). Analisis item juga berada pada tahap tinggi iaitu strategi berpusatkan
               guru (min=3.71, sp=0.84), berpusatkan murid (min=4.62, sp=0.70), pengajaran
               berpusatkan bahan (min=4.74, sp=0.59), berpusatkan aktiviti atau tugasan
               (min=4.18, sp=0.72) dan mengubah suai strategi pengajaran mengikut keupayaan
               murid (min=4.29, sp=0.68). Analisis dari segi peratus pula, hanya empat item
               yang mencapai peratusan yang tinggi iaitu guru telah melaksanakan PdP dengan
               menggunakan strategi berpusatkan bahan (97.1%), berpusatkan murid (88.2%),
               strategi berpusatkan aktiviti atau tugasan (82.4%) dan mengubah  suai strategi
               pengajaran mengikut keupayaan murid (94.1%). Sebanyak 52.9 peratus guru
               yang bersetuju mereka telah melaksanakan strategi berpusatkan guru.

               Jadual 2:  Frekuensi dan Peratus Strategi Pengajaran

                                   Tahap persetujuan (Peratus)                 Interpretasi
                                                                     Sisihan
                     Item            Tidak      Bersetuju    Min   piawai (sp)   tahap
                                   Bersetuju                                     (Min)
              Berpusatkan guru      16(47.1)    18(52.9)     3.71     0.84      Tinggi
              Berpusatkan murid     4(11.8)     30(88.2)     4.62     0.70      Tinggi
              Berpusatkan bahan      1(2.9)     33(97.1)     4.74     0.59      Tinggi
              Berpusatkan           6(17.6)     28(82.4)     4.18     0.72      Tinggi
              aktiviti/tugasan
              Ubah suai strategi ikut   2 (5.9)   32(94.1)   4.29     0.68      Tinggi
              keupayaan murid
                                                Keseluruhan   4.31    0.71      Tinggi

                Dapatan  temu  bual  di  bawah menunjukkan  guru  lebih  gemar  melaksanakan
               strategi berpusatkan murid kerana potensi murid boleh terserlah dan aktif apabila
               mereka melakukan tugasan atau aktiviti yang diberikan oleh guru. Guru juga
               menyedari bahawa pilihan strategi ini adalah bergantung kepada kemampuan
               murid itu sendiri untuk menyiapkan tugasan. Selain itu, guru juga melaksanakan
               strategi berpusatkan bahan dan aktiviti kerana mereka berpendapat strategi
               tersebut adalah efektif untuk murid mengingat isi kandungan pelajaran.

                    “Saya biasa guna strategi berpusatkan murid kerana lebih mudah nampak
                    potensi yang ada pada mereka, ... ikut kemampuan murid lah.”
                                                             (R1/StraPeng/B269-271)

                    “...biasa guna berpusatkan murid. Supaya mereka jadi aktif  belajar. ”
                                                                 (R2/StraPeng/B141)


                                                                                    40
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50