Page 44 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 44
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
bahawa guru telah menggunakan pendekatan induktif, deduktif, eklektif, tematik
dan ubah suai pendekatan mengikut kebolehan murid secara keseluruhannya
pada tahap yang tinggi (min=4.09, sp=0.69). Analisis item-item dalam
pendekatan induktif (min=3.85, sp=0.56), eklektik (min=4.79, sp=0.59) dan ubah
suai pendekatan mengikut kebolehan murid (min=4.71, sp=0.68) adalah pada
tahap tinggi sementara pendekatan deduktif (min=3.50, sp=0.71) dan tematik
(min=3.62, sp=0.92) pada tahap sederhana. Analisis peratus juga mendapati guru
telah bersetuju mengamalkan pendekatan induktif (76.5%), pendekatan eklektik
(91.2%) dan mengubah suai pendekatan mengikut keupayaan murid (88.2%)
pada tahap peratus yang tinggi manakala peratus pendekatan deduktif (55.9%)
dan tematik (67.7%) adalah pada tahap sederhana.
Jadual 1: Frekuensi dan Peratus Pendekatan Pengajaran
Tahap persetujuan (Peratus) Sisihan Interpretasi
Item Tidak Bersetuju Min piawai tahap
Bersetuju (sp) (Min)
Pendekatan induktif 8(23.5) 26(76.5) 3.85 0.56 Tinggi
Pendekatan deduktif 15(44.1) 19(55.9) 3.50 0.71 Sederhana
Pendekatan eklektik 3(8.8) 31(91.2) 4.79 0.59 Tinggi
Pendekatan tematik 11(32.3) 23(67.7) 3.62 0.92 Sederhana
Ubahsuai pendekatan 4(11.8) 30(88.2) 4.71 0.68 Tinggi
ikut keupayaan murid
Keseluruhan 4.09 0.69 Tinggi
Dapatan temu bual di bawah telah memberikan justifikasi tentang item-item yang
mempunyai tahap peratus tinggi. Guru memahami pendekatan pengajaran perlu
diubah suai mengikut keupayaan murid kerana tahap pengetahuan murid adalah
berbeza yang disebabkan oleh perbezaan tahap kognitif dan keupayaan
pembelajaran mereka. Kebanyakan guru lebih gemar menggunakan pendekatan
induktif dan eklektif berbanding dengan deduktif kerana keberkesanannya dalam
hasil PdP.
“saya buat (pendekatan) ikut tahap pengetahuan murid sebab tahap
pengetahuan mereka berbeza dan cara mereka berfikir pun berbeza...”
(R2/PendPeng/B84-85)
“Saya biasa mengajar daripada umum kepada khusus...murid cepat faham.”
(R1/PendPeng/B81)
“Pendekatan yang saya selalu guna ialah pendekatan eklektik, gabungan
induktif dan deduktif. Murid senang faham apa yang saja ajar.”
(R2/PendPeng/B67-68)
39

