Page 47 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 47
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
sukar dilaksanakan kerana kandungan sukatan pelajaran murid tahap dua adalah
lebih susah berbanding tahap satu dan guru belum menguasai bahasa isyarat
dengan sepenuhnya. Kaedah hafalan didapati kurang berkesan dalam
pembelajaran matematik kerana masalah daya ingatan murid ketidakupayaan
pendengaran yang lemah.
“Saya ajar murid lemah dengan cara lain sebab cara biasa dia tak dapat.”
(R1/KaPeng/B125-126)
“Saya lebih suka melihat kepada kemampuan murid. Kalau kemampuan
murid itu agak perlahan, saya guna kaedah yang lebih mudah.”
(R1/KaPeng/B106-107)
“Kena keluarkan apa yang penting (soalan penyelesaian masalah), jika tidak,
murid jadi kabur...kita kena tekankan poin dan beritahu mana yang mahu
didarab.”
(R2/KaPeng/B229-233)
“Saya lebih masa mengajar fakta asas...Banyak buat latih tubi.”
(R1/KaPeng/B116-117)
“Ajar guna wang sebenar dan wang sampel..murid pun guna wang sebenar
ketika membeli makanan di kantin.”
(R1/KaPeng/B398-399)
“Untuk tahap dua, nombor-nombor sudah besar. Tahap satu boleh cerita.
Tapi tahap 2 susah, untuk saya pun susah (kaedah cerita)..bahasa isyarat
saya pun belum bagus lagi.”
(R3/KaPeng/B312-324)
“...saya suruh murid hafal sifir dan keesokannya apabila saya tanya lagi,
sama juga mereka idak tahu, masalah ingatan murid.. ”
(R1/KaPeng/B238)
Pengetahuan Kandungan dan Pedagogi
Dapatan secara keseluruhannya pada Jadual 4 menunjukkan guru telah
mengetahui pengetahuan kandungan dan pedagogi untuk setiap tajuk matematik
pada tahap tinggi (min=4.13, sp=0.41). Antaranya, guru telah mengetahui
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Khas
Matematik (min=4.18, sp=0.52), mengetahui pendekatan pengajaran untuk setiap
tajuk (min=4.09, sp=0.51), mengetahui strategi pengajaran untuk setiap tajuk
(min=4.18, sp=0.52) dan mengetahui kaedah pengajaran untuk setiap tajuk
(min=4.06, sp=0.49). Analisis peratus pula mendapati guru bersetuju lebih
daripada 90% ke atas iaitu mengetahui DSKP matematik dan mengetahui
strategi pengajaran untuk setiap tajuk masing-masing pada 94.1%. Sementara itu,
42

