Page 48 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 48
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
guru mengetahui pendekatan dan kaedah pengajaran untuk setiap tajuk adalah
pada 91.2%.
Jadual 4 : Frekuensi dan Peratus Pengetahuan Kandungan dan Pedagogi
Tahap persetujuan (Peratus) Sisihan
Item Min piawai Interpretasi
Tidak Bersetuju Bersetuju (sp) tahap (Min)
Ketahui kandungan 2(5.9) 32(94.1) 4.18 0.52 Tinggi
DSKP matematik
Ketahui pendekatan 3(8.8) 31(91.2) 4.09 0.51 Tinggi
pengajaran untuk
setiap tajuk
Ketahui strategi 2(5.9) 32(94.1) 4.18 0.52 Tinggi
pengajaran untuk
setiap tajuk
Ketahui kaedah 3(8.8) 31(91.2) 4.06 0.49 Tinggi
pengajaran untuk
setiap tajuk
Keseluruhan 4.13 0.41 Tinggi
Merujuk dapatan temu bual di bawah, guru telah menguasai kandungan pelajaran
serta mengetahui pendekatan, strategi dan kaedah bagi setiap tajuk dalam
pengajaran matematik. Walau bagaimanapun, pilihan pedagogi perlu mengambil
kira masalah dan kebolehan murid.
“Tahu silibus. Boleh ajar guna kaedah yang berbeza ikut tajuk. Tapi perlu
tengok masalah murid juga.”
(R3/PengKandPed/B301-302)
“Bolehlah tahu apa kandungan matematik. ‘Create’ pendekatan yang sesuai
dengan tajuk dan tahap keupayaan pembelajaran murid.”
(R1/PengKandPed/B362-363)
Media Pengajaran
Secara keseluruhannya, Jadual 5 menunjukkan guru telah mengaplikasikan
media pengajaran dalam pengajaran matematik murid ketidakupayaan
pendengaran pada tahap tinggi (min=4.09, sp=0.70). Tiga daripada empat media
pengajaran berada pada tahap min yang tinggi, iaitu lembaran kerja (min=4.12,
sp=0.54), papan putih dan pen maker (min=4.68, sp=0.64) dan bahan maujud
(min=4.18, sp=0.67). Jika dilihat dari peratus, guru juga telah menggunakan tiga
media tersebut pada tahap tinggi. Penggunaan lembaran kerja serta papan putih
dan pen maker mempunyai peratus yang sama iaitu 91.2% manakala bahan
maujud mempunyai 85.3%. Walau bagaimanapun, guru menggunakan komputer
dalam pengajaran pada tahap sederhana (min=3.41, sp=0.96) dengan 47.1%.
43

