Page 46 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 46

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                     “Saya bagi aktiviti menghafal sifir.  Saya bada beri  murid buku sifir yang
                     difotostat. Saya ajar mereka buat jadual sifir setiap hari..senang ingat
                     (sifir). ”
                                                             (R3/StraPeng/B179-181)

               Kaedah Pengajaran

               Jadual 3 di bawah menunjukkan secara keseluruhannya guru telah menggunakan
               pelbagai kaedah pengajaran dalam matematik pada tahap tinggi (min=3.91,
               sp=0.71). Analisis item bagi lapan kaedah pengajaran juga pada tahap yang
               tinggi iaitu sumbang saran (min=3.74, sp=0.67), demonstrasi (min=4.06,
               sp=0.65), perbincangan (min=3.79, sp=0.64), penyelesaian masalah (min=3.76,
               sp=0.74),  hafalan (min=4.03, sp=0.72), latih tubi (min=4.74, sp=0.57),
               kontekstual (min=3.91, sp=0.75) dan mengubah  suai kaedah mengikut
               keupayaan murid (min=4.29, sp=0.58). Analisis peratus pelaksanaan lapan
               kaedah tersebut juga menunjukkan pada peratus yang tinggi iaitu sumbang saran
               (73.5%), demonstrasi (88.2%), perbincangan (73.5%), penyelesaian masalah
               (70.6%), hafalan (82.4%), latih tubi (94.1%), kontekstual (79.4%) dan mengubah
               suai kaedah mengikut kebolehan murid (94.1%). Sementara itu, guru telah
               menggunakan kaedah main peranan 58.8% (min=3.53, sp=0.83) dan bercerita
               44.1% (min=3.29, sp=0.91) pada tahap sederhana.

               Jadual 3: Frekuensi dan Peratus Kaedah Pengajaran

                                    Tahap persetujuan (Peratus)     Sisihan
                                                                              Interpretasi
                      Item            Tidak      Bersetuju   Min    piawai    tahap (Min)
                                    Bersetuju                         (sp)
               Sumbang saran           9(26.5)    25(73.5)   3.74    0.67       Tinggi
               Main peranan          14(41.2)     20(58.8)   3.53    0.83     Sederhana
               Bercerita             19(55.9)     15(44.1)   3.29    0.91     Sederhana
               Demonstrasi             4(11.8)    30(88.2)   4.06    0.65       Tinggi
               Perbincangan           9(26.5)     25(73.5)   3.79    0.64       Tinggi
               Penyelesaian masalah   10(29.4)    24(70.6)   3.76    0.74       Tinggi
               Hafalan                6(17.6)     28(82.4)   4.03    0.72       Tinggi
               Latih tubi             2(5.9)      32(94.1)   4.74    0.57       Tinggi
               Kontekstual            7(20.6)     27(79.4)   3.91    0.75       Tinggi
               Ubah suai kaedah ikut   2(5.9)     32(94.1)   4.29    0.58       Tinggi
               keupayaan murid
                                                 Keseluruhan  3.91   0.71       Tinggi

                Dapatan temu  bual  seperti  di  bawah  juga  mendapati  guru  telah  menggunakan
               pelbagai kaedah dalam pengajaran matematik murid ketidakupayaan
               pendengaran khususnya melakukan pengubahsuaian kaedah mengikut
               keupayaan pembelajaran murid. Situasi ini berlaku kerana guru berpendapat
               bahawa kewujudan perbezaan tahap pembelajaran murid ketidakupayaan
               pendengaran. Walau  bagaimanapun, kaedah   bercerita dan  main   peranan agak



                                                                                     41
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51