Page 49 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 49

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




               Jadual 5:  Frekuensi dan Peratus Media Pengajaran

                                Tahap persetujuan (Peratus)        Sisihan   Interpretasi
                   Item                                    Min
                              Tidak Bersetuju   Bersetuju        piawai (sp)   tahap (Min)
               Lembaran kerja     3(8.8)       31(91.2)    4.12     0.54       Tinggi
               Komputer          18(52.9)      16(47.1)    3.41     0.96      Sederhana
               Papan putih dan    3(8.8)       31(91.2)    4.68     0.64       Tinggi
               pen maker
               Bahan maujud       5(14.7)      29(85.3)    4.18     0.67       Tinggi
                                              Keseluruhan   4.09    0.70       Tinggi

                Hasil  temu  bual  seperti  yang  dinyatakan  di  bawah  ini mendapati guru selalu
               menggunakan lembaran kerja, papan putih dan pen  maker  serta  bahan maujud
               dalam pengajaran matematik murid ketidakupayaan pendengaran. Guru
               mengetahui manfaat pengajaran berbantukan komputer. Akan tetapi, guru kurang
               menggunakan pengajaran berbantukan komputer kerana faktor kekurangan alat
               sokongan digital seperti LCD dan komputer serta masalah rangkaian internet.
               Walaupun ada komputer, tetapi murid mengambil tempoh masa yang agak
               panjang untuk bergerak dari bilik darjah ke bilik komputer. Ini menjejaskan
               pelaksanaan PdP dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam rancangan
               pengajaran harian.

                    “saya bagi buku fakta asas, ada latihan  kemudian saya fotostat dan  beri
                    kepada murid...”
                                                             (R1/MePeng/B146-147)

                    “Setiap kali habis sesi pengajaran , saya beri lembaran kerja.”
                                                             (R2/MePeng/B199-200)

                    “Selalu guna papan tulis untuk memberi pemahaman kepada mereka. … 80%
                    dalam pengajaran (guna papan putih).”
                                                             (R1/MePeng/B382-385)

                    “Lebih kepada papan putih dan pen ‘maker’ (penggunaan kaedah PdP).”
                                                                  (R2/MePeng/B297)

                      “Isi padu  lebih kepada cecair, jadi saya akan menggunakan botol...”
                                                                                                       (R1/MePeng/B90-91)

                      “...saya guna alat penimbang iuntuk timbang berat jisim murid... di kelas ada
                    macam-macam alat seperti papan putih, pen,dan pensel,. Jadi kita boleh buat
                    aktiviti yang ‘hands on’…”
                                                                                              (R2/MePeng/B179-183)

                    “Untuk pengenalan contoh wang, kita akan guna duit  betul...”
                                                               (R1/MePeng/B348-349)



                                                                                    44
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54