Page 50 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 50

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                     “Pegang sendiri benda benda maujud itu, lagi berkesan dan murid lagi
                     mudah  faham.”
                                                              (R2/MePeng/B264-265)

                       “Budak-budak ini akan cepat belajar jika mereka pegang, bahan yang dilihat
                     (bahan maujud)”
                                                              (R3/MePeng/B259-260)

                     “... sekarang teknologi komputer  tetapi tidak semua  kelas ada kemudahan
                     LCD.. Kalau ada pun, di bilik komputer,  tetapi  ambil masa  untuk murid
                     berjalan ke sana. Jadi, lebih baik saya terus guna papan putih.”
                                                               (R2/MePeng/B190-194)

                     “Bagi saya, penggunaan komputer ini sedikit sebanyak memang membantu,
                     tetapi sekolah ini kurang laptop dan talian internet pun tak baik”
                                                              (R2/MePeng/B256-258)


               PERBINCANGAN

               Dapatan kajian ini menunjukkan guru telah melaksanakan pengajaran matematik
               murid ketidakupayaan pendengaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan,
               strategi dan kaedah pengajaran pada tahap tinggi secara keseluruhannya.
               Tindakan guru dalam memilih pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran sesuai
               dengan tahap kognitif dan keupayaan pembelajaran murid ketidakupayaan
               pendengaran adalah langkah yang terbaik untuk memastikan murid memperoleh
               ilmu pengetahuan secara maksimum. Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif
               Piaget,  peringkat  umur  7  hingga  11  tahun  adalah  pada  peringkat  pemikiran
               konkrit (Berk, 2009), maka pendekatan eklektik yang menggabungkan
               pendekatan induktif dan deduktif, strategi berpusatkan bahan seperti bahan
               maujud adalah relevan dengan peringkat perkembangan kognitif murid
               ketidakupayaan pendengaran tahap dua di sekolah rendah.

               Peratus  persetujuan  guru  dalam  pelaksanaan  strategi  pengajaran  adalah  lebih
               tinggi dalam strategi berpusatkan murid, bahan, tugasan atau aktiviti berbanding
               dengan strategi berpusatkan guru. Dapatan ini menunjukkan guru telah
               mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk meningkatkan pelibatan murid
               dalam aktiviti PdP matematik. Tahap pelibatan murid yang tinggi boleh
               meningkatkan dan mengekalkan input isi pelajaran melalui pembelajaran yang
               menyeronokkan (Sousa, 2006; Syamsinar, 2013). Situasi ini dapat dibuktikan
               dalam kajian Liong (2012) yang menggunakan Kaedah Pengajaran Jemari Ajaib
               (KPJA) dengan pelibatan aktif murid memanipulasikan jari-jemari  mereka
               sendiri untuk mencari jawapan sifir dengan cepat. Secara tidak langsung,
               pencapaian matematik akan meningkat dengan tahap penguasaan kemahiran sifir
               yang tinggi.



                                                                                     45
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55