Page 66 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 66

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               murid khas mempunyai kemahiran dan masalah yang berlainan. Mereka perlu
               bimbingan individu untuk satu jangka masa yang panjang. Masalah ketidak
               kehadiran yang sering berlaku, mengganggu pelaksanaan PBD kerana sukar
               untuk menilai perkembangan murid.

               6.   Gangguan pembelajaran

               Dalam  dunia  pendidikan  khususnya  yang  melibatkan  murid  sekolah,  gangguan
               pembelajaran sebenarnya sudah lama berlaku, di peringkat lokal dan global, yang
               secara langsung dan berkala.  Namun gangguan-gangguan ini kurang diberi
               perhatian kesannya kepada pendidikan anak-anak kerana ia berlaku sepanjang
               masa atau mungkin juga kerana mengikut lokasi seperti pedalaman, luar bandar
               dan bandar. Perlu juga diambil kira aspek lain seperti masalah kesihatan fizikal,
               mental dan emosi akibat ‘terkurung’ apabila murid tidak boleh keluar rumah,
               berjumpa rakan, beriadah, yang berkeluarga besar tapi rumah kecil, yang tidak
               cukup makan, menghadapi konflik keluarga dan pelbagai lagi masalah lain yang
               kadang kala tidak terfikir oleh setengah pihak. Hakikatnya, semua di atas adalah
               pelbagai bentuk gangguan pembelajaran, yang sekiranya tidak ditangani dengan
               berkesan, akan menjejaskan pembelajaran anak-anak, walau di mana mereka
               berada.

               7.   Keperihatinan pihak pengurusan dan kepimpinan pendidikan

               Sokongan ibu bapa dan keprihatinan kepimpinan sekolah sangat diperlukan oleh
               guru  baharu. Melaksanakan PBD semasa pandemik  COVID-19  menyedarkan
               kita tentang hal berkaitan pendidikan yang melibatkan anak-anak, generasi masa
               hadapan dan bukan di bawah tanggungjawab guru semata, malah tanggungjawab
               yang perlu dipikul bersama-sama, merentas kementerian, jabatan, bahagian,
               sempadan, bangsa, agama dan politik. Pandemik ini membangkitkan
               tanggungjawab untuk menjadi pemimpin kepada diri sendiri dan orang lain;
               hormati pandangan dan kehidupan orang sekeliling; serta prihatin, cakna dan
               bersangka baik dengan makhluk lain. Guru-guru iterim masih dalam proses
               belajar mengenai pentaksiran. Sewajarnya, perlu ada  bimbingan berterusan
               daripada pelbagai pihak untuk memastikan guru-guru ini memperolehi ilmu dan
               kemahiran yang sepatutnya bagi melaksanakan PBD.

               8.   Guru sukar melaksana pembelajaran dalam talian semasa PKP

               Cabaran melaksanakan PdPR adalah  memastikan keberadaan murid semasa
               kelas sedang berlangsung, diikuti dengan penyesuaian kaedah pengajaran dengan
               keperluan dan kesediaan murid, di samping memastikan murid memberi
               tumpuan, kefahaman dan  keseronokan belajar. PKP yang berlaku sepanjang
               tahun 2020 bukan  sahaja menjejaskan pendidikan anak-anak, malah telah
               mengubah nilai, amalan dan budaya hidup kita. Menghargai nyawa, menjaga
               kebersihan, kuarantin diri, menjaga jarak sudah menjadi nilai yang wajib

                                                                                     61
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71