Page 68 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 68

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               aktiviti tertentu. Ia tertumpu kepada kebolehan pelajar untuk menerapkan
               pengetahuan, kemahiran, dan pertimbangan.  Kini terdapat pilihan guru untuk
               menghasilkan portfolio secara elektronik.

               Guru  boleh  memilih  PA  yang dapat  disesuaikan  berdasarkan kaedah PdPR,
                antaranya untuk pembelajaran boleh dilaksanakan secara dalam talian ialah kuiz
                dalam talian, e-permainan (gamification) dan aktiviti soal jawab. Kuiz dalam
                talian menggunakan konsep sama seperti kuiz konvensional semasa
                pembelajaran bersemuka. Bezanya pelaksanaan kuiz menggunakan media dalam
                talian. Bentuk kuiz boleh dijalankan secara ujian subjektif atau ujian objektif.
                Ujian  subjektif  ialah  ujian  untuk pelajar  dapat  menunjukkan  jalan  kerja  dalam
                soalan berbentuk penyelesaian masalah. Ujian objektif boleh dijalankan dalam
                empat bentuk. Pertama, bentuk ujian benar salah terdapat kenyataan perlu
                ditentukan kebenarannya. Kedua,  multiple  choice  test  ialah ujian memerlukan
                jawapan dipilih daripada pilihan jawapan diberikan. Ketiga, ujian  padan suai,
                iaitu satu pernyataan perlu dipadankan dengan pilihan jawapan sesuai. Keempat,
                ujian isi tempat kosong. Soalan berbentuk ayat tidak lengkap, jawapan tepat
                perlu dipilih untuk diisi dalam tempat kosong untuk melengkapkan ayat  yang
                diberi. Antara aplikasi dalam talian boleh diaplikasikan ialah kuiz dalam talian
                Quizizz.  Kuiz  dalam  talian  dan  e-permainan menggunakan pelantar Quizizz
                dapat digunakan guru kerana aplikasi pembelajaran ini dilihat mudah
                penggunaan dan guru dapat mengaplikasikan untuk  pentaksiran. Permainan
                komputer yang dirancang dengan betul dapat memainkan peranan berguna dalam
                membantu pelajar belajar dari rumah. PA untuk pembelajaran luar talian ialah
                pembelajaran menggunakan modul. Guru boleh memuat turun bahan modul
                pelajaran lengkap di Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
                melalui laman web rasminya. Terdapat juga guru mengambil inisiatif membina
                sendiri modul dalam bentuk hardcopy. Modul ini mengandungi aktiviti relevan
                dengan topik tertentu. Pelajar disaran menggunakan pengalaman sendiri bagi
                menyelesaikan tugasan diberikan. Modul pembelajaran ini diedarkan kepada
                pelajar berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ditetapkan. Pentaksiran
                dalam modul dapat mengukur penguasaan pelajar. Pelajar perlu menyerahkan
                hasil tugasan untuk disemak atau ditaksir secara serahan tangan atau melalui
                WhatsApp atau Telegram.

                PA  sebagai  pembelajaran dalam talian  dan  secara  luar  talian  ialah  pentaksiran
                kendiri (PK) di  mana pelajar memberi ulasan hasil kerja atau prestasi mereka
                sendiri menggunakan helaian PK. PK juga boleh dijalankan melalui sesama
                rakan sebaya yang dikenali dengan pentaksiran rakan sebaya (PRS) yang dinilai
                menggunakan instrumen PRS. Guru juga boleh meminta pelajar membina peta
                konsep dan pemarkahan kerja sendiri dengan merujuk kepada kriteria tertentu.
                Pentaksiran  kendiri  dan  rakan  sebaya  boleh  meningkatkan  pengaturan    diri
                pelajar (self-regulation) dan pencapaian. PRS boleh menjadi antara kaedah PA
                berfungsi sebagai pentaksiran formatif. PA mengenai pembelajaran secara dalam



                                                                                     63
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73