Page 70 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 70

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               penguasaan berdasarkan standard kandungan, standard pembelajaran, standard
               prestasi dan tahap penguasaan yang ditetapkan. PBD mampu mengesan
               perkembangan pembelajaran secara menyeluruh melalui jasmani, emosi, rohani
               dan intelek, kognitif, psikomotor dan afektif. PBD juga bercirikan dan
               menekankan kepada perkembangan individu seterusnya membolehkan tindakan
               susulan diambil. KPM dengan kerjasama daripada Bahagian Perkembangan
               Kurikulum  (BPK)  dan  Lembaga  Peperiksaan  Malaysia  (LPM) telah  bersatu
               merangka satu sistem pentaksiran yang berupaya untuk mentaksir pelajar secara
               lebih holistik jika dibandingkan dengan peperiksaan. Proses ini juga
               menampakkan keprihatinan KPM terhadap proses pembelajaran murid
               berbanding dengan gred pencapaian seseorang murid. Berpaksikan kepada
               matlamat ini, ketiga-tiga pihak ini telah berjaya merangka satu kurikulum yang
               meliputi ketiga-tiga standard, iaitu standard kandungan, standard pembelajaran
               dan standard prestasi.

               Ketiga-tiga komponen ini memerlukan guru sebagai agen pelaksana kurikulum
               harus mempunyai kompetensi yang tinggi terhadap tugas mengajar dan
               mentaksir.  PBD  yang  berkualiti  dapat  menentukan  kemenjadian  murid  seperti
               yang dihasratkan. Dengan pelaksanaan PBD yang berkesan, guru dapat
               mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid
               dalam proses pembelajaran mereka dan seterusnya meningkat pencapaian murid
               secara keseluruhan. Pentaksiran berterusan dalam PBD merupakan tumpuan
               utama KPM sebagai salah satu wahana bagi memastikan perkembangan holistik
               dalam kalangan murid.  COVID-19  mengesahkan pernyataan bahawa manusia
               hanya  merancang, namun  Tuhan yang menentukan. Justeru mengingatkan dan
               memberi ruang kita memperbaiki kehidupan dengan membuang atau mengubah
               normal lama, mengamal normal baharu dan menjangka atau mencipta normal
               masa hadapan. Pandemik  COVID-19  mengingatkan kita sebenarnya berada
               dalam satu sistem kehidupan, satu peradaban, satu bangsa manusia yang
               berfungsi untuk saling melengkapi ke arah evolusi kehidupan yang lebih maju
               dan lestari.


               RUJUKAN

               Arumugham, K. S. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah dan Kemenjadian Murid:
                     Pengukuran Tahap Perkembangan Pembelajaran Murid dalam Mata
                     Pelajaran Bahasa Melayu. Literature and Culture.

               Azizi Ahmad. (2011). HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. OUM
                     Selangor

               Azizi Ahmad. (2016). Pentaksiran Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.  KL.

               Azizi Jaafar. (2019). Asas Pembangunan Kurikulum dalam Pendidikan. Dewan Bahasa
                     dan Pustaka. Kuala Lumpur.

               Boon Pong Ying, L. L. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar.


                                                                                     65
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75