Page 62 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 62

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               OBJEKTIF  KAJIAN

               Tujuan pentaksiran diadakan adalah untuk menilai tahap pencapaian murid
                terhadap sesuatu konsep  pembelajaran dan membantu guru menilai semula
                kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan. Ini perlu bagi mengesan kelemahan
                kaedah pengajaran guru yang memerlukan penambahbaikan. PBD dilaksanakan
                untuk menentukan kaedah pentaksiran yang sesuai,  melaksanakan PBD dengan
                berkesan, membuat pertimbangan profesional dalam menentukan tahap
                penguasaan murid dan  melaksanakan tindakan susulan. Objektif kajian ini
                adalah untuk mengenal pasti  isu dan cabaran tentang perlaksanaan PBD semasa
                Pandemik COVID-19, di mana proses PdP berlaku dalam keadaan norma baharu
                iaitu proses Pengajaran dan Pembelajaran berlaku di rumah (PdPR).


               METODOLOGI

               Reka  bentuk kajian ini adalah kualitatif yang dilaksanakan melalui laporan
                refleksi penulisan secara dalam talian. Populasi kajian adalah guru interim yang
                sedang mengikuti kursus Program Diploma Pasca Pendidikan (PDPP) di IPG
                Kampus  Kent  ambilan  tahun  2020.  Manakala,  sampel kajian hanya terdiri
                daripada 28 orang guru bagi opsyen Pendidikan Khas Sekolah Rendah Murid
                Bermasalah Pembelajaran yang berada dalam Semester 1 seperti dalam Jadual 2.
                Responden kajian ini merupakan guru interim yang telah ditempatkan  di sekolah
                rendah seluruh negeri Sabah terutamanya di kawasan pedalaman.  Instrumen
                kajian yang digunakan merupakan satu penulisan laporan refleksi mengenai
                pengalaman guru tersebut  melaksanakan proses PdPR dan PBD sepanjang masa
                pandemik COVID-19. Penulisan lebih bertumpu  kepada permasalahan tentang
                isu dan cabaran yang dihadapi ketika melaksanakan PBD dan PdPR sepanjang
                tahun 2020.


               Jadual 2:  Maklumat Profil Responden

                          Profil Responden             Kekerapan     Peratus(100%)
                                                         (n=28)
                    Jantina             Lelaki             3              10.7
                                      Perempuan            25             89.3
                     Umur               < 30               22             78.6
                    (Tahun)            31 - 35             6              21.6
                    Lokasi             Bandar              8              28.6
                    Sekolah          Luar Bandar           20             71.4






                                                                                     57
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67