Page 63 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 63

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              DAPATAN KAJIAN

              Pandemik COVID-19 memberi impak besar terhadap sistem pendidikan, politik,
               ekonomi, dan sosial negara kita.  Dalam pendidikan, secara langsung mengubah
               proses PdP dan menimbulkan beberapa isu dalam perlaksanaan PBD. Malaysia
               menghadapi tiga gelombang pandemik  COVID-19  bermula awal tahun 2020
               selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Malaysia dilanda
               gelombang ketiga  setelah negara mencatatkan bilangan tiga angka bagi kes
               baharu. Sehubungan itu, sistem pendidikan terkesan berikutan analisis data kes
               positif, kontak rapat dan kuarantin dalam kalangan pelajar, guru serta warga
               sekolah semakin meningkat. Oleh itu, sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup.
               KPM  mengambil  beberapa  inisiatif  awal.  Pertama,  KPM  mengedarkan  surat
               pekeliling ikhtisas, surat siaran, surat pemakluman dan garis panduan KPM
               berkaitan. Pelajar berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan walaupun
               tidak dapat hadir  ke sekolah. Sehubungan itu, sistem pendidikan negara
               mewujudkan satu mekanisme baharu dalam kaedah pentaksiran PdPR. Guru
               bukan  sahaja  perlu  merancang  dan mengaplikasikan pelaksanaan PdP secara
               berkualiti melalui pembelajaran di rumah, malah perlu meneroka dan merancang
               PA  untuk  menggantikan  peperiksaan  serta  ujian  bertulis  secara  bersemuka
               supaya pentaksiran formatif dan sumatif dapat terus dilaksanakan kepada pelajar.
               PA dapat memastikan kesinambungan pembelajaran berkualiti sepanjang pelajar
               melalui home-based learning. Dapatan hasil tinjauan terhadap guru-guru interim
               PDPP PKSR Murid Bermasalah Pembelajaran ditunjukkan seperti dalam
               Rajah 3.


























                              Rajah 3: . Isu dan Cabaran Pelaksanaan PBD




                                                                                    58
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68