Page 64 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 64

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               Hasil kajian tinjauan mendapati isu dan cabaran yang dikenal pasti adalah;

               1.   Tahap kesediaan guru interim melaksanakan PBD

               Sebagai  guru  baharu dalam melaksanakan pentaksiran di sekolah, merasakan
               ianya sangat membebankan. Sebagai guru interim, PdPR dan PBD adalah suatu
               perkara yang masih sangat baru dan ilmu pengetahuan mengenainya adalah
               sangat kurang. Guru mengalami kesukaran dalam membina instrumen
               pentaksiran. Tahap kesediaan guru melaksanakan aktiviti PdPR sangat rendah,
               serta banyak cabaran yang guru harus hadapi dalam melaksanakan PdPR.
               Tinjauan mendapati  bahawa majoriti guru melaksanakan aktiviti PdPR antara
               satu hingga empat jam sehari, manakala hanya sedikit yang melaksanakan PdPR
               selama lebih empat jam sehari. Hasil kajian ini mengesahkan bahawa guru telah
               menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang PKP.  Walau  bagaimanapun,
               kehadiran murid ke kelas PdPR terlalu rendah.

               2.   Pengalaman tiga bulan pertama sebagai guru interim baru posting ke
                   sekolah

               Semua responden telah melaksanakan PBD kepada murid secara bersemuka buat
               pertama kalinya pada hujung tahun 2019, di mana ketika itu guru baru bertugas
               sebagai guru interim selama tiga bulan. Jadual waktu yang terlalu padat dan
               masa yang terlalu singkat untuk berada di sekolah, membuatkan guru tidak
               berkesempatan untuk melaksanakan PBD kepada murid. Guru terkejar-kejar
               dengan masa untuk bergegas ke kelas seterusnya sebaik sahaja masa mengajar
               telah tamat.Terdapat beberapa masalah yang dihadapi semasa melaksanakan
               PBD terutamanya apabila mengajar murid-murid bekeperluan khas. Semasa sesi
               PdP  berlangsung,  guru  hilang  fokus secara tiba-tiba dengan pelbagai masalah
               murid-murid di dalam bilik darjah dengan kawalan tingkah laku, pengurusan diri
               yang kurang, dan pengaturan emosi yang tidak menentu seperti sensitif dan suka
               menangis. Kesukaran timbul apabila hendak menilai  tahap penguasaan setiap
               murid pada masa kelas tersebut berlangsung.

               3.   Proses PdP kepada PdPR , masalah talian internet dan kemudahan
               peralatan

               Dalam PdPR perlaksanaan PBD agak menyukarkan apabila ianya secara dalam
               talian terutamanya bagi murid tahap 1.  Timbul masalah talian internet dan
               kemudahan peralatan. Sebahagian besar terutamanya di kawasan luar bandar
               menyatakan masalah kestabilan internet, kebolehgunaan peranti mengajar seperti
               komputer, telefon,  computer tablet, ruang pembelajaran murid. Ketiadaan alat
               peranti komunikasi seperti telefon bimbit atau laptop sukar untuk murid-murid
               mendapatkan tugasan. Guru    merasa sukar melaksana pembelajaran secara
               online. Bermula dengan  kekurangan  akses  internet oleh ibu bapa dan pelajar,



                                                                                     59
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69