Page 69 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 69
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
talian ialah peperiksaan atau ujian dalam talian menggunakan Google Classroom
dan portfolio elektronik.
Guru juga boleh menjalankan pembelajaran berasaskan projek. Terdapat tujuh
panduan pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek berasaskan Manual PdPR.
Pertama, guru memberi tajuk kepada pelajar. Kedua, guru membimbing pelajar
untuk mengenal pasti kaedah menyiapkan projek yang diberikan. Ketiga, guru
membimbing pelajar untuk mengenal pasti bahan, peralatan dan kos diperlukan.
Keempat, guru menentukan jangka masa menyiapkan projek. Kelima, guru
membimbing pelajar menyelesaikan projek. Keenam, pelajar membentangkan
hasil projek. Ketujuh, pelajar membuat refleksi tentang proses penghasilan
projek. Cadangan PA diharapkan menjadi pilihan kepada guru untuk menambah
baik instrumen pentaksiran sedia ada dan seterusnya menambah baik
keberkesanan pelaksanaan PdPR yang dijalankan semasa pandemik COVID-19.
Pentaksiran berkualiti dapat menyumbang kepada pembentukan pelajar
berkualiti dan berkemahiran daripada semua aspek serta meningkatkan
keberkesanan PdP yang dijalankan. Bagi mencapai hasrat ini, guru dan murid
perlu berkerjasama dalam menjayakan PdPR. Ibu bapa atau penjaga, pihak
sekolah, Pegawai PPD, JPN dan KPM haruslah memainkan peranan dalam
membantu agar PdPR dan PBD yang dijalankan semasa pandemik COVID-19
berjalan dengan lancar.
KESIMPULAN
Pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan oleh guru bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian pelajar.
Melalui analisis dan interpretasi data yang dibuat, guru boleh mengetahui dengan
lebih menyeluruh tentang keupayaan penguasaan pelajar dalam pelbagai
kategori. Langkah-langkah dan tindakan susulan boleh dipertimbangkan bagi
menangani isu-isu yang berbangkit. Seterusnya data tersebut boleh direkod dan
dilaporkan kepada pihak pengurusan sekolah atau pihak yang berkepentingan
dan boleh menjadi petunjuk prestasi sekolah berkenaan. Perlaksanaan PBD ini
lebih berjaya sekiranya semua pihak memainkan peranan yang positif bagi
menjayakannya terutama sekali semasa berlakunya penularan pandemik COVID-
19 masa kini. Pelaksanaan PdP kepada PdPR telah menjadikan proses PdP kini
dalam bentuk norma baharu. Bagi mencapai hasrat ini, guru dan pelajar perlu
menjalinkan kerjasama dalam menjayakan PdPR. Pada masa sama, ibu bapa atau
penjaga, pihak sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri
dan KPM haruslah memainkan peranan masing-masing dalam membantu agar
PdPR dan pentaksiran yang dijalankan semasa pandemik COVID-19 berjalan
dengan lancar.
PBD juga dijalankan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan dan
penulisan. PBD yang dijalankan perlu berasaskan kriteria dengan menilai
64

