Page 67 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 67
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
diutamakan. Malah menukar suatu amalan yang lazimnya ‘normal’ juga sudah
menjadi kebiasaan masa kini – seperti tidak berjabat tangan untuk memeterai
perjanjian atau salam perkenalan; melapor secara suka rela kepada pihak
kerajaan kehadiran di mana-mana tempat awam menerusi QR Code;
menjarakkan diri di tempat awam; memakai penutup separuh muka (face mask);
dan amalan Standard Of Procedure (SOP) yang lain.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Proses berterusan PBD melibatkan proses mengumpul, menganalisis, dan
membanding tahap keupayaan murid. PBD mengekalkan semua konsep
Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan (TP) murid
dalam setiap mata pelajaran, ia dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti
terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua
mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK),
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas
Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Antara
isu berkaitan PBD yang menjadi kerisauan ibu bapa iaitu sejauh manakah
pelaksanaannya di sekolah dapat dicapai dengan sempurna dari aspek tahap
kesediaan seseorang guru untuk melaksanakan PBD iaitu sama ada guru tersebut
dapat membuat penilaian kognitif (intelek), psikomotor (jasmani), afektif (emosi
dan rohani), sosial iaitu yang seiring dengan kandungan yang terdapat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ibu bapa tidak diberi pendedahan dan
penerangan terhadap pelaksanaan PBD, membuatkan mereka risau dengan
penilaian yang berbentuk formatif kerana khuatir perkembangan TP anak mereka
tidak dipantau dengan sebaik mungkin.
Pelaksanaan pentaksiran alternatif (PA) membolehkan guru memantau
perkembangan pembelajaran pelajar, menjalankan pentaksiran dan memperbaiki
mutu pembelajaran pelajarnya semasa pandemik COVID-19. Terdapat keperluan
bagi guru untuk menggabungkan kaedah penilaian alternatif dalam PdP supaya
guru boleh menilai kebolehan pelajar dengan berkesan. PA merujuk kepada
pelbagai aktiviti selain peperiksaan untuk menilai penguasaan dan mengesan
perkembangan pembelajaran pelajar. Pentaksiran ini selaras dengan kaedah
Pembelajaran Abad ke-21 berteraskan elemen kolaborasi, kreativiti, komunikasi,
pemikiran kritikal dan nilai. PA seiring dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian pelajar secara
holistik. Oleh itu, guru melaksanaan PdPR ketika pandemik COVID-19 boleh
menggantikan kaedah pentaksiran konvensional dengan PA yang terbahagi
kepada tiga pendekatan, iaitu pentaksiran kognitif, prestasi dan portfolio.
Pentaksiran kognitif berfokus untuk mengukur kemampuan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) pelajar, penguasaan, sikap dan kemahiran komunikasi.
Pentaksiran prestasi sebagai kaedah memerlukan pelajar untuk menunjukkan
kemampuan mereka secara langsung menggunakan hasil kerja pelajar dalam
62

