Page 65 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 65
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
pembelajaran secara dalam talian ketika PKP terbukti menjadi cabaran kepada
guru yang berjuang untuk memastikan kelas berterusan walaupun berlaku krisis
disebabkan pandemik COVID-19. Tinjauan dan temu bual dengan beberapa guru
menunjukkan akses internet masih menjadi halangan terbesar dalam
melaksanakan pembelajaran dalam talian. Tidak semua pelajar mempunyai WiFi
atau tablet di rumah terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah. Guru
menggunakan aplikasi WhatsApp dan apa sahaja kaedah yang boleh untuk
berkomunikasi dengan murid mereka dan menghantar maklumat untuk disemak,
tetapi sesetengah pelajar tidak mempunyai telefon pintar dan ibu bapa mereka
terlalu sibuk dengan kerja untuk mengambil bahagian dalam kumpulan
WhatsApp.
4. Kerjasama dan sokongan ibu bapa memberi respons kepada guru
Perkembangan murid dapat diketahui secara langsung melalui maklum balas
daripada ibu bapa. Cabaran guru sentiasa bertanya ibu bapa mengenai
perkembangan atau pencapaian murid dalam matapelajaran yang diajar. Ibu bapa
murid perlu tahu kepentingan memberi respons kepada guru dengan
memaklumkan pencapaian atau perkembangan anak-anak mereka. Guru meminta
ibu bapa merakam dan mengirimkan video anak-anak mereka melakukan tugasan
atau latihan yang diberikan oleh guru. Guru juga membuat pemantauan terus
kepada murid melalui panggilan video. Guru akan bertanya langsung dengan
murid beberapa soalan berkaitan pelajaran yang mereka pelajari pada ketika itu,
dan pada masa yang sama melihat secara langsung kegiatan murid tersebut.
Melalui ketiga-tiga cara inilah iaitu, 1) bertanya langsung kepada ibu bapa murid
mengenai murid, 2) melalui rakaman video ketika murid sedang melakukan
tugasan atau latihan yang diberikan, 3) melalui panggilan video untuk bersoal
jawab dengan murid mengenai pelajaran yang dipelajari oleh mereka dan melihat
secara langsung kegiatan murid sebagai pendekatan yang digunakan oleh guru
interim untuk melaksanakan PBD kepada murid. Bagi ibu bapa yang kurang
memberi respons atau kerjasama pula, terdapat alternatif lain yang guru lakukan
dengan membuat penilaian atau pentaksiran ke atas murid berdasarkan
pencapaian murid pada kali terakhir guru bertemu.
5. Sosiologi dan persekitaran pembelajaran
Masalah yang dihadapi semasa melakukan pentaksiran ialah, jangka masa murid
berada di sekolah adalah tidak lama. Tempoh pembelajaran secara bersemuka
tidak dapat dilakukan untuk satu jangka masa yang panjang akibat penutupan
sekolah. Oleh itu, guru sukar untuk melakukan pentaksiran secara berkesan.
Selain itu, penggunaan templat PBD yang tidak selaras juga menjadi isu kepada
guru. Hal ini kerana, semua guru tidak menggunakan templat yang sama untuk
membuat pentaksiran. Justeru sebagai guru baharu, mempunyai kesukaran untuk
menggunakan templat yang sepatutnya. Masalah lain pula, pelaksanaan PBD
dalam kalangan murid khas tidak semudah seperti murid perdana. Hal ini kerana,
60

