Page 72 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 72
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
KEBERKESANAN JARI PECAHAN MASA DALAM MENINGKATKAN
PENCAPAIAN MATEMATIK MURID SEKOLAH RENDAH
1 Khoo, Chwee Hoon, PhD
1 IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah
kch@ipkent.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan Jari Pecahan Masa (JPM)
dalam meningkatkan pencapaian matematik dan penjimatan masa menjawab
dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang
menggunakan JPM sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan
menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Kajian ini dilaksanakan di sebuah
sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Ujian pra dan ujian pasca digunakan
untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian sebelum dan selepas
intervensi. Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji
hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa =.05. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dengan ujian
pasca bagi sampel kajian ini. Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang
lebih tinggi (min = 86 markah) secara signifikan berbanding dengan min ujian
pra. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam min masa menjawab dalam ujian pra dengan ujian pasca iaitu
dapat menjimatkan 78.9 peratus daripada masa menjawab. Selain itu, persepsi
murid terhadap penggunaan JPM juga pada tahap ‘sangat setuju’ (97.2%). Secara
kesimpulan, JPM ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah penukaran unit masa
dalam kalangan murid sekolah rendah, ia juga dapat menjimatkan masa murid
menjawab soalan penukaran unit masa.
Kata Kunci: penukaran unit masa, penukaran unit jam ke unit minit, penukaran
unit minit ke unit saat.
ABSTRACT
This study was aimed to determine the effectiveness of Time Fractional Fingers
(JPM) in improving mathematics achievement and answering time among
primary school students. This study is a quantitative study that uses the Time
Fractional Finger (JPM) as an intervention material. The study samples were
selected using purposive sampling technique. This study has been conducted in a
primary school in Tuaran district, Sabah. Pretest and posttest were used to
67

