Page 73 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 73

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              measure the mathematics achievement of the study samples. The Wilcoxon test
              for the dependent sample was used to test the null hypothesis at a significance
              level, alpha = .05. The findings of the study indicated that there were significant
              differences  in  the  pretest and the posttest mean scores. The study samples
              obtained significantly higher posttest mean scores (mean = 86 marks) compared
              to the pretest mean scores. The findings also showed that there was a significant
              difference in the mean answering time used in the pretest and posttest which
              saved 78.9% of the answering time. In addition, students' perceptions of the use
              of JPM are also at a ‘Strongly Agree’ level (97.2%). In conclusion, this JPM can
              overcome the problem of time unit conversion among primary school students, it
              can also save students/ time in answering unit conversion questions.

              Keywords: time unit conversion, conversion of hour unit to minute unit,
              conversion of minute unit to second unit.


              PENDAHULUAN

              Matematik merupakan satu bidang ilmu asas  yang penting kepada pelbagai
              cabang ilmu terutamanya bidang sains dan teknologi. Penguasaan dalam bidang
              matematik merupakan prasyarat bagi menguasai bidang ilmu yang lain.
              Dokumen Standard  Kurikulum  dan  Pentaksiran  (DSKP)  matematik  sekolah
              rendah yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka
              Kurikulum Standard  Sekolah Rendah  (KSSR),  mengintegrasikan  pengetahuan,
              kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21
              dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan
              untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
              dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
              (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2018).

              Keperluan  negara  dan  dasar  pendidikan  kebangsaan  menjadi  prinsip  dalam
              penentuan kandungan kurikulum Matematik (Noraini, 2005). Tidak dapat
              dinafikan lagi bahawa matematik memainkan peranan yang besar dalam
              memantapkan pembangunan negara. Ini dapat dilihat daripada kemajuan dalam
              bidang sains dan teknologi yang dicapai oleh kebanyakan negara maju  seperti
              Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi (Johari & Norsuraini , 2011).
              Kemajuan dalam bidang tersebut mungkin tidak dapat dicapai tanpa kesedaran
              dan penguasaan tentang pentingnya matematik dalam kehidupan seharian kita.

              Kecekapan  guru  dalam pengetahuan kandungan pedagogikal adalah sangat
              penting di samping penggunaan bahasa yang tersusun bagi mengelakkan murid
              daripada membuat andaian atau miskonsepsi terhadap apa yang mereka ajar
              (Tikunoff, 1985). Sebagai kesimpulan, matematik amat mempengaruhi
              kehidupan seharian kita dari zaman nenek moyang kita sampai sekarang dan



                                                                                    68
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78