Page 74 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 74

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                juga masa depan.  Hakikatnya,  semua pihak khususnya guru haruslah berusaha
                untuk membina pemikiran aras tinggi dan kreativiti murid-murid.


                PERNYATAAN MASALAH

                Penukaran  unit ialah proses yang melibatkan operasi pendaraban dan
                pembahagian sesuatu faktor numerik. Penukaran unit masa dan waktu
                merupakan salah satu kemahiran yang agak sukar dikuasai oleh murid. Unit masa
                mendatangkan masalah kepada murid kerana penukaran unit masa adalah tidak
                berdasarkan kuasa sepuluh, atau dalam erti kata lain, masa tidak menggunakan
                sistem nombor perpuluhan. Selain itu, murid  turut berasa keliru apabila ingin
                menentukan operasi yang sepatutnya digunakan dalam penukaran unit ini
                (Butcher, et al., 2006).

                Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan suatu cara
                yang berkesan untuk meningkatkan proses pembelajaran (Heinrich, et al., 1996).
                Keberkesanan  sesuatu  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  secara langsung
                bukan sahaja berkait rapat dengan ciri-ciri atau keadaan-keadaan tertentu yang
                ada pada  guru dan murid, tetapi juga bergantung kepada mana satukah deria
                murid yang paling banyak dieksploitasikan oleh guru. Penggunaan bahan  PdP
                dapat melibatkan pelbagai deria murid dan menjadikan pengajaran benar-benar
                berkesan.

                Kualiti  sesuatu  pelajaran yang  memusatkan  murid  amat  bergantung  kepada
                keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang
                sesuai (Lai, et al.,  2001). Justeru itu, satu intervensi amat perlu dilaksanakan
                untuk membantu  murid menguasai kemahiran penukaran unit masa dan
                seterusnya melaksanakan operasi penambahan dan penolakan. Oleh itu,
                penyelidik bercadang membantu murid yang sukar mengingat perkaitan antara
                unit masa dan belajar penukaran antara unit masa melalui projek JPM.


                OBJEKTIF KAJIAN

                Kajian ini cuba mencapai lima objektif seperti berikut:

                1.     Mengenal pasti tahap ujian pra murid sebelum penggunaan JPM.
                2.     Mengenal pasti tahap ujian pasca murid selepas penggunaan JPM.
                3.     Mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan JPM dalam
                       menyelesaikan soalan melibatkan penukaran masa
                4.     Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min
                       ujian pra dan ujian pasca antara sebelum penggunaan JPM dan selepas
                       penggunaan JPM dalam kalangan murid sekolah rendah.



                                                                                     69
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79