Page 75 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 75
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
5. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min
tempoh masa menyelesaikan satu soalan penukaran unit masa antara
sebelum penggunaan JPM dan selepas penggunaan JPM dalam kalangan
murid sekolah rendah.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap ujian pra murid sebelum penggunaan JPM?
2. Apakah tahap ujian pasca murid selepas penggunaan JPM?
3. Apakah persepsi murid terhadap penggunaan JPM dalam menyelesaikan
soalan melibatkan penukaran antara unit masa?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan
ujian pasca antara sebelum penggunaan JPM dan selepas penggunaan
JPM dalam kalangan murid sekolah rendah?
5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min tempoh masa
menyelesaikan satu soalan penukaran unit masa antara sebelum
penggunaan JPM dan selepas penggunaan JPM dalam kalangan murid
sekolah rendah?
HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis nol dibentuk berdasarkan objektif kajian (4) dan (5) yang telah
dinyatakan. Aras keertian, p < .05 adalah ditetapkan untuk tujuan analisis data
dengan menggunakan statistik takbiran.
Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan ujian
1
pasca antara sebelum penggunaan JPM dan selepas penggunaan JPM
dalam kalangan murid sekolah rendah.
Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min tempoh masa
2
menyelesaikan satu soalan penukaran masa antara sebelum penggunaan
JPM dan selepas penggunaan JPM dalam kalangan murid sekolah rendah.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada kemahiran menyelesaikan soalan
penukaran unit jam ke unit minit dan unit minit ke unit saat. Oleh itu, kemahiran
menyelesaikan soalan penukaran unit abad, dekad, tahun, bulan, hari dan minggu
umpamanya tidak diselidiki dalam kajian ini. Selain itu, pencapaian matematik
dalam kalangan murid hanya diukur melalui 10 item yang digubal berdasarkan
DSKP Matematik Tahun 3 (KPM, 2017). Kajian ini tidak dapat menguji
penguasaan kemahiran matematik lain yang perlu dikuasai murid. Oleh itu, tahap
70

