Page 76 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 76

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               pencapaian matematik hanya berdasarkan kemahiran murid menyelesaikan
               soalan penukaran unit masa melibatkan unit jam, minit dan saat sahaja. Untuk
               mengelakkan gangguan terhadap aktiviti  PdP  matematik di sekolah, kajian ini
               tidak menyediakan banyak set ujian untuk mengukur tahap pencapaian
               matematik murid. Justeru, dalam kajian ini tahap pencapaian matematik murid
               hanya diukur berdasarkan satu set ujian pra dan satu set ujian pasca sahaja.

                Sungguhpun  pelbagai  usaha  dilakukan  untuk memastikan  instrumen  kajian
               adalah sah dan boleh dipercayai untuk mengumpul data dalam kajian sebenar,
               namun ketepatan hasil kajian yang diperoleh adalah semata-mata bergantung
               kepada tindak balas sampel kajian dari aspek kesungguhan menjawab item-item
               dalam instrumen yang ditakdirkan. Sampel kajian juga diharapkan dapat
               menjawab semua item yang terkandung dalam instrumen kajian ini dengan tidak
               merujuk kepada mana-mana buku rujukan, mengikut masa yang telah ditetapkan,
               dan membuat sebarang perbincangan dengan murid lain.

               Murid Tahun 4 yang menghadapi masalah dalam menjawab soalan  yang
               berkaitan dengan kemahiran menyelesaikan soalan Penukaran Unit Masa
               melibatkan unit jam, minit dan saat sahaja yang dilibatkan dalam kajian ini.
               Justeru, hasil kajian ini hanya dapat digeneralisasikan  kepada  murid  Tahun  4
               yang menghadapi masalah menjawab soalan Pecahan yang berkaitan dengan
               penukaran unit masa di seluruh Negeri Sabah sahaja. Dapatan kajian ini tidak
               dapat digeneralisasikan kepada semua murid Tahun 4 di sekolah rendah di Sabah
               atau seluruh Malaysia.


               KEPENTINGAN KAJIAN

               Kajian  ini  diharapkan bahawa  JPM  ini boleh dijadikan panduan kepada
               penggubal dasar dalam merangka dasar yang lebih efisien tentang pembelajaran
               matematik. Contohnya, pihak  KPM  dalam  mengadakan program bagi
               meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek matematik yang selama ini
               dianggap susah dan membosankan. Kajian ini juga penting kepada banyak pihak
               seperti keluarga, masyarakat, sekolah dan badan-badan kerajaan dan bukan
               kerajaan kerana ia dapat melihat permasalahan dalam kalangan murid serta untuk
               menambahkan kualiti PdP  serta meningkatkan tahap kualiti minat murid bagi
               menghadapi cabaran globalisasi di era yang semakin mencabar ini.

               Dapatan  kajian  ini  dapat  digunakan  oleh  para  guru  dalam  memperkasakan
               keberkesanan pembelajaran dan pemudahcara (PdPC) di sekolah. Di samping itu,
               kajian ini dapat digunakan untuk memberi kesedaran kepada murid betapa
               pentingnya untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik.
               Selain  itu, kajian  ini  secara  tidak  langsung  diharap  dapat mendedahkan
               kepentingan pelibatan pelbagai pihak dalam menentukan pencapaian akademik
               dalam mata pelajaran matematik. Pencapaian akademik murid bukan hanya

                                                                                     71
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81