Page 78 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 78
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 1: Taburan Item Ujian Pra dan Ujian Pasca
Item Kemahiran
1, 2, 3, 4, 5 Penukaran Unit Jam kepada Unit Minit Melibatkan Pecahan
6, 7, 8, 9, 10 Penukaran Unit Minit kepada Unit Saat Melibatkan Pecahan
Persepsi Murid terhadap Penggunaan JPM (PMPJPM)
PMPJPM yang digubal oleh penyelidik mengandungi 10 item digunakan untuk
mengukur persepsi murid terhadap penggunaan JPM. Dalam hal ini, PMPJPM
mengandungi 10 item telah menggunakan skala Likert empat mata. Respons
“Sangat Tidak Setuju” diberi skor “1”, respons “Tidak Setuju” diberi skor “2”,
respons “Setuju” diberi skor “3”, dan respons “Sangat Setuju” diberi skor “4”.
Skor yang tinggi dalam skala persepsi menunjukkan persepsi positif terhadap
penggunaan JPM.
Tahap Persetujuan Responden Terhadap Penggunaan JPM
Jadual 2 menunjukkan skala tahap persetujuan yang digunakan untuk
menginterpretasikan dapatan Persepsi Murid Terhadap Penggunaan JPM
(PMPJPM). Min skor di antara 1.00 – 1.75 menunjukkan tahap “Sangat Tidak
Setuju” terhadap penggunaan JPM. Min skor di antara 1.76 – 2.50 menunjukkan
tahap “Tidak Setuju” terhadap penggunaan JPM. Manakala, min skor 2.51 – 3.25
menunjukkan tahap “Setuju” terhadap penggunaan JPM. Akhirnya, skor min
3.26 – 4.00 menunjukkan tahap “Sangat Setuju” terhadap penggunaan JPM.
Jadual 2: Skala Tahap Persetujuan
Skala Tahap Persetujuan
1.00 – 1.75 Sangat Tidak Setuju
1.76 – 2.50 Tidak Setuju
2.51 – 3.25 Setuju
3.26 – 4.00 Sangat Setuju
Prosedur Analisis Data
Sebelum penganalisisan data dilaksanakan, penyemakan terhadap setiap
instrumen dijalankan. Sekiranya terdapat bahagian-bahagian tertentu dalam
instrumen yang tidak terjawab oleh sampel kajian atau tidak mengikut arahan
yang diberikan, maka instrumen tersebut adalah dianggap sebagai tidak lengkap
dan dikecualikan daripada pemprosesan data seterusnya. Data-data yang
dikumpul melalui instrumen PMPJPM dianalisis melalui perisian IBM statistik
‘Statistical Packages for Social Sciences (SPSS-PC) for Windows version 21’.
73

