Page 79 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 79
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Aras keertian, p =.05 digunakan dalam semua analisis data tersebut untuk
membenarkan ralat sebanyak 5% sesuai dengan penggunaan statistik takbiran
dalam bidang sains sosial. Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar digunakan
untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05.
BAHAN
Jari Pecahan Masa (JPM)
Rajah 1 menunjukkan enam jenis jari pecahan masa. Contohnya 2 jari
ditunjukkan maka setiap jari mewakili 30 iaitu 60 dibahagi kepada dua bahagian.
Rajah 2 menunjukkan satu contoh perwakilan jari pecahan masa untuk menukar
¾ jam kepada minit dan menukar ¾ minit kepada saat. Empat jari ditunjukkan,
maka setiap jari mewakili 15. Jadi, 3 bahagian daripada 4 bahagian memperolehi
“15 + 15 + 15” iaitu 45.
Rajah 1: Enam Jenis Jari Pecahan Masa
Rajah 2: Contoh Perwakilan Jari Pecahan Masa
74

