Page 80 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 80

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               DAPATAN KAJIAN

               Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

               Semua  data yang dikumpul dalam kajian ini telah dianalisis dengan
               menggunakan perisian IBM statistik ‘Statistical Packages for Social Sciences
               (SPSS-PC) for Windows version 21’ untuk menentukan kebolehpercayaan bagi
               instrumen kajian PMPJPM yang digunakan. Jadual 3 menunjukkan bilangan item
               dan nilai pekali kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi instrumen PMPJPM.

               Jadual 3:  Taburan Item  dan Nilai Alfa Cronbach bagi PMPJPM

               Instrumen   Bilangan Item   Nilai Alfa Cronbach   Bilangan Sampel
               PMPJPM           10               .923                   30

               Instrumen ini mempunyai pekali kebolehpercayaan Alfa Cronbach 0.923. Nilai
               pekali kebolehpercayaan Alfa Cronbach ini adalah memadai. Menurut Stanley
               dan Hopkins (1972), satu instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang
               tinggi juga mempunyai kesahan yang tinggi.

               Tahap Ujian Pra Murid Sebelum Penggunaan JPM
               Sebelum  penggunaan  JPM,  hasil  analisis  keputusan  Ujian  Pra  menunjukkan
               bahawa 30 orang murid (100%) berada pada tahap penguasaan  Tiada.  Tiada
               murid berada pada tahap Lemah, Memuaskan,  Baik  dan  Cemerlang.  Secara
               keseluruhannya, min Ujian Pra ialah 0 markah. Jadual 4 berikut menunjukkan
               taburan kekerapan dan peratus mengikut tahap penguasaan murid dalam
               Penukaran Unit Masa.

               Jadual 4:  Taburan Kekerapan dan Peratus Ujian Pra mengikut Tahap
                         Penguasaan Penukaran Unit Masa

                 Gred    Tahap Penguasaan         Julat          Ujian Pra
                  A      Cemerlang              76 – 100         0 (0.0%)
                  B      Baik                    51 – 75         0 (0.0%)
                  C      Memuaskan               26 – 50         0 (0.0%)
                  D      Lemah                   1 – 25          0 (0.0%)
                  G      Tiada                     0            30 (100.0%)
                         Jumlah                                 30 (100%)
                         Min                                     0 markah

               Tahap Ujian Pasca Murid selepas Penggunaan JPM

               Selepas  penggunaan  JPM,  hasil  analisis  keputusan  Ujian  Pasca  menunjukkan
               bahawa hanya seorang murid (3.3%) berada pada tahap penguasaan Memuaskan.
               Tiada  murid  berada  pada tahap Tiada dan Lemah.   Didapati  bahawa  terdapat

                                                                                    75
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85