Page 81 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 81
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
23.3% dan 73.3% murid berada pada tahap penguasaan Baik dan Cemerlang
masing-masing. Secara keseluruhannya, Min Ujian Pasca ialah 86 markah. Ini
menunjukkan bahawa penguasaan murid telah meningkat selepas penggunaan
JPM. Jadual 5 berikut menunjukkan taburan kekerapan dan peratus mengikut
tahap penguasaan murid dalam Penukaran Unit Masa.
Jadual 5: Perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca mengikut
Tahap Penguasaan Penukaran Unit Masa
Gred Tahap Penguasaan Julat Ujian Pasca
A Cemerlang 76 – 100 22 (73.3%)
B Baik 51 – 75 7 (23.3%)
C Memuaskan 26 – 50 1 (3.3%)
D Lemah 1 – 25 0 (0.0%)
G Tiada 0 0 (0.0%)
Jumlah 30 (100%)
Min 86 markah
Persepsi Murid terhadap Penggunaan JPM (PMPJPM) dalam
Menyelesaikan Soalan Melibatkan Penukaran antara Unit Masa
Berdasarkan keputusan analisis data dalam J adual 6, secara keseluruhannya,
97.2% daripada 10 pernyataan dalam PMPJPM telah disetujui oleh murid yang
mengikuti bengkel JPM. Keputusan yang cemerlang ini dapat membuktikan
bahawa murid berasa sangat setuju terhadap penggunaan JPM untuk membantu
murid menyelesaikan soalan penukaran antara unit masa dengan min
keseluruhan 3.88 (sisihan piawai 0.270).
Rumusan daripada analisis data dalam Persepsi Murid Terhadap Penggunaan
JPM adalah seperti berikut: Jari Pecahan Masa dapat membantu saya menjawab
soalan berkaitan menukar unit masa melibatkan jam dengan minit, dan minit
dengan saat dengan cepat (98.3%), mudah (100.0%), jimat masa (96.8%),
jawapan tepat (96.8%), berkesan (98.5%), berpuas hati (95.0%), menarik minat
(96.8%), menyeronokkan (97.5%), sangat menarik (95.8%), dan menggunakan
kaedah JPM pada masa depan (96.8%).
76

