Page 89 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 89

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              Pada  masa  yang  sama,  transformasi  PdP  ke arah pendigitalan bergerak pantas
              impak daripada pandemik COVID-19 di mana ianya telah membuka peluang dan
              cabaran pada sistem pendidikan negara untuk mendepani perubahan dalam era
              digital Revolusi Industri 4.0 dan Gagasan Pendidikan 4.0 di mana membuka
              ruang pembelajaran antara pelajar dan pensyarah dengan bantuan peralatan
              teknologi terkini. Inkuiri  didefinisikan  sebagai satu kaedah  PdP  berpusatkan
              pelajar yang melibatkan pertanyaan dan rasa ingin tahu di mana pelajar mencari
              jawapan melalui pemerhatian, hipotesis, mengumpul data, pengukuran,
              menterjemah  dan membina rumusan atau refleksi. Strategi inkuiri yang lebih
              ringkas seperti O-T-Q  (Observe-Think-  Questions) boleh disepadukan untuk
              memperkayakan inkuiri dalam pembelajaran (Hiong,  & Kamisah,  2017).    Di
              dalam pembelajaran biologi khususnya, pendekatan  secara inkuiri sangat
              membantu  pelajar dalam membuat penerokaan terutamanya pada tajuk-  tajuk
              yang sangat luas dan yang memerlukan pemahaman aras tinggi.

              Pembelajaran inkuiri mendedahkan pelajar kepada konsep 5E (Engage, Explore,
              Explain, Elaborate &  Evaluate). Setiap fasa ini mendedahkan pelajar perkaitan
              dengan topik-topik pembelajaran lepas, berkaitan dengan situasi sebenar
              (engage). Pelajar membina pemahaman konsep berdasarkan penerokaan
              (explore). Pelajar juga dapat membuat penerangan dan membina idea selanjutnya
              melalui penemuan yang diperolehi (explain). Setelah mendalami dan memahami
              konsep, pelajar mampu membuat olahan idea (elaborate) dan akhir sekali
              pentaksiran mengukur tahap pemahaman (evaluate). Pembelajaran secara inkuiri
              ini bukan sahaja mampu memperkembangkan penaakulan saintifik, pemahaman
              yang lebih mendalam akan sifat sains semula jadi malah ianya juga membantu
              menyumbang sikap terhadap sains. Terdapat beberapa tahap inkuiri dalam
              pelaksanaan, namun untuk kajian ini Topik 4: Speciation  (Biologi SB025),
              inkuiri terbimbing didapati paling sesuai di mana guru mencetus persoalan bagi
              merangsang pelajar untuk membuat penerokaan manakala pelajar sendiri
              membentuk prosedur untuk mendapatkan maklumat atau penerokaan terhadap
              persoalan yang diutarakan.

              Pembelajaran dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran adalah sangat
              penting seiring dengan perkembangan dunia moden masa kini. Pengintegrasian
              penggunaan media ICT menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan
              produktif (Mohd. Noorhadi &  Zurinah,2018).  Kini banyak teori dan model
              pembelajaran yang sedia ada boleh disesuaikan dengan  PdP  secara maya.
              Pedagogi pembelajaran boleh disesuaikan serta boleh diaplikasi di bilik darjah
              maya dengan bantuan aplikasi daripada G-suite education, Delima dan banyak
              lagi. Pembelajaran secara hibrid yang dilaksanakan di matrikulasi dengan
              menjadikan teknologi sebagai medium utama dalam menjalani  PdP  dapat
              memastikan pelajar kekal komited dalam pembelajaran.  Dalam kajian ini banyak
              aplikasi daripada  G-suite  education  digunakan antaranya  Google Doc,  Google
              slide,  Google  meet dan  Google  form  manakala  Padlet  digunakan sebagai



                                                                                    84
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94