Page 85 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 85
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 12: Ujian Wilcoxon untuk Sampel Bersandar (Tempoh Masa Ujian
Pasca dan Tempoh Masa Ujian Pra)
a
Test Statistics
Tempoh Masa Ujian Pasca 1 – Tempoh Masa Ujian Pra
b
Z -4.783
Asymp. Sig. (2-tailed) .000
a. Wilcoxon Signed Ranks Test
b. Based on negative ranks.
PERBINCANGAN
Selepas kajian dilaksanakan, didapati bahawa tahap penguasaan pencapaian
matematik murid telah meningkat. Di samping itu, murid juga boleh
menyelesaikan soalan berkaitan dengan penukaran unit masa dengan berkesan.
Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa JPM telah berjaya memperbaiki
kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid seterusnya, murid dapat
menyelesaikan soalan-soalan penukaran unit masa dengan baik dan tepat dengan
kaedah JPM yang dipelajari. Secara keseluruhannya, skor ujian murid telah
meningkat sebanyak 86 markah (skor Ujian Pra = 0; skor Ujian Pasca = 86) iaitu
meningkat dari tahap penguasaan “Gagal” kepada tahap penguasaan
“Cemerlang”.
Selain itu, JPM dapat memanfaatkan kedua-dua pihak murid dan guru. JPM ini
dapat menjimatkan masa murid menyelesaikan soalan penukaran unit masa iaitu
penjimatan sebanyak 78.9% daripada tempoh masa asal berbanding dengan
tempoh masa ujian pasca (tempoh masa ujian pra = 118.66 saat; tempoh masa
ujian pasca = 25.18 saat). Ini adalah disebabkan murid telah diperkenalkan
teknik dan prosedur penggunaan JPM dengan betul. JPM ini juga dapat
menjimatkan masa guru kerana tidak perlu memperbetulkan kesilapan yang
banyak dilakukan oleh murid. Guru boleh menggunakan kaedah JOM ini untuk
mengajar murid agar menguasai semua kemahiran menyelesaikan soalan
penukaran unit masa dalam tempoh masa yang singkat.
Murid berasa puas hati untuk menyelesaikan item-item yang berkaitan dengan
penukaran unit masa melalui penggunaan kaedah JPM. Selepas murid
diperkenalkan prosedur penggunaan JPM, murid-murid berasa bahawa kaedah
inovasi ini sangat menyeronokkan dan menggembirakan. Guru juga berpuas hati
dengan pencapaian murid kerana kebanyakan murid telah menguasai kemahiran
menyelesaikan soalan penukaran unit masa dengan sepenuhnya. Inovasi ini
sepadan dengan kata-kata yang dinyatakan dalam kajian Heinich, Molenda,
Russell, dan Smaldino (1996) bahawa penggunaan bahan pengajaran dan
pembelajaran adalah merupakan suatu cara yang berkesan untuk meningkatkan
proses pembelajaran.
80

