Page 90 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 90

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               medium utama dalam perkongsian maklumat hasil penerokaan pelajar. Kesemua
               aplikasi yang digunakan mudah untuk diakses menerusi telefon bimbit.


               Kajian Literatur

               Sehingga  kini,  pelbagai  kajian  berkaitan  penerapan  dan  penggunaan  kaedah
               pembelajaran secara inkuiri serta keberkesanan pembelajaran secara maya telah
               dijalankan oleh ramai penyelidik. Proses inkuiri dalam pengajaran sains adalah
               berorientasikan penyiasatan. Pelajar didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan
               memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah (Siti Nur Kamariah, et al, 2017).
               Dalam  erti  kata  lain  melalui  pembelajaran  inkuiri,  pelajar  mempunyai  peluang
               untuk mengasah, menjelaskan atau menimbulkan soalan, merancang dan
               menjalankan eksperimen saintifik untuk mengumpul data mengenai soalan,
               merumuskan penjelasan daripada bukti untuk menjawab soalan, menyambung
               penjelasan kepada pengetahuan saintifik, dan berkomunikasi dan mewajarkan
               penjelasan mereka (National Research Council, 2000). Pembelajaran berasaskan
               inkuiri bukan sahaja dapat meningkatkan pemahaman konsep pelajar, malah juga
               dapat memperkukuhkan kemahiran penaakulan dan memupuk sikap positif
               pelajar terhadap sains (Lord, & Orkwiszewki, 2006).

               Kaedah pembelajaran secara maya merupakan kaedah PdP dengan menggunakan
               teknologi bagi memudahkan PdPc tatkala pandemik COVID-19 melanda negara.
               Menurut kajian keberkesanan pembelajaran dengan penggunaan kemudahan
               teknologi komputer (Andira Permata & Yoga, 2020) mendapati penggunaan ICT
               kurang efektif dalam pembelajaran secara fizikal, akan tetapi sangat efektif
               dalam pembelajaran kelas maya dan dapat digunakan sebagai aplikasi
               pembelajaran di masa pandemik ini. Penggunaan teknologi bukan sahaja dapat
               memudahkan tugasan malah dapat menghidupkan suasana yang menyeronokkan
               semasa kuliah dijalankan dengan pembentangan tugasan dalam bentuk  power
               point  atau video  (Noradilah & Lai, 2019).  Umumnya,  penggunaan  teknologi
               dalam bidang pendidikan pada hari ini telah berkembang dengan begitu pesat
               sehingga dirasakan tanpa alat teknologi manusia tidak mampu memajukan
               negara ke arah yang lebih baik. Kemajuan ICT juga menyumbang perkembangan
               positif dalam model pendidikan alaf baru.


               PERNYATAAN MASALAH

               Selaras dengan perkembangan pendidikan STEM serta era digital revolusi IR4.0
               dalam menghasilkan modal insan yang mampu menyahut cabaran serta berdaya
               saing, maka satu bentuk pembelajaran dan pengajaran sepenuhnya secara maya
               dengan  mengintegrasikan  STEM:  pembelajaran  secara  inkuiri  terbimbing
               dirancang dan  dilaksanakan.  Tinjauan daripada permasalahan lepas, topik 4:
               Speciation  (Sukatan Biologi Matrikulasi SB025) ini merupakan topik yang

                                                                                     85
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95