Page 87 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 87
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
TERBIMBING TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM
PEMBELAJARAN TOPIK SPECIATION DALAM TALIAN
2
1 Nashimah Banu Habeeb Mohamed & Mohamad Hafizal Ibrahim
1,2 Kolej Matrikulasi Selangor
nashimahhabeeb@gmail.com
ABSTRAK
Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah satu pendekatan pedagogi pembelajaran
yang menggabungkan pelbagai elemen yang mewujudkan pembelajaran
aktif. Justeru itu, kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji
kaedah pembelajaran berasaskan Inkuiri terbimbing terhadap pencapaian pelajar
dalam pembelajaran Biologi Topik 3 Speciation. Dalam kajian ini, model 5E
Engage,Explore,Explain,Elaborate,& Evaluate) telah diadaptasi dengan
melibatkan seramai 56 orang pelajar Biologi SB025 (matrikulasi). Pengumpulan
data dilaksanakan secara kuantitatif dengan menggunakan ujian penilaian Pra
dan Pos. Instrumen soalan ujian penilaian pra dan pos dibangunkan berdasarkan
CLO (Course Learning Outcome) dan aras Bloom. Responden dibahagi
kepada kumpulan 1: Konvensional dan kumpulan 2: Eksperimen yang menjalani
pembelajaran intervensi berasaskan inkuiri. Dapatan kajian menunjukkan
peratus pencapaian ujian pos untuk kumpulan konvensional dalam penguasaan
untuk soalan aras tinggi, C3 ialah 55.7 peratus dan C4 ialah 37.0 peratus
manakala untuk kumpulan eksperimen, tahap penguasaan yang tinggi dicapai
iaitu C3 ialah 79.3 peratus dan C4 adalah 75.7 peratus. Ini membuktikan
pembelajaran secara intervensi inkuiri dapat membantu responden untuk lebih
memahami dan menguasai konsep dengan lebih baik serta membantu dalam
menjawab soalan aras tinggi. Analisis ujian-t bagi ujian pos didapati min untuk
kumpulan konvensional adalah 9.04 berbanding kumpulan eksperimen 12.32.
Didapati nilai-t adalah 7.03 dengan nilai sigma (2-tailed) menunjukkan sig=
0.01. Ini bermakna intervensi yang dijalankan oleh penyelidik terhadap
responden memberi kesan yang positif terhadap pencapaian keputusan
responden. Kesimpulannya kajian ini dapat membantu pensyarah untuk mereka
bentuk proses pengajaran yang lebih efektif melalui penerapan pengajaran abad
ke-21 dengan mengaplikasikan pembelajaran STEM.
Kata Kunci: Pembelajaran inkuiri, inkuiri terbimbing, model 5E, Speciation,
biologi.
82

