Page 15 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 15

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021



               Soalan 5 : Huraikan golongan masyarakat yang muncul pada zaman khulafa al- rasyidin

               PENGENALAN

                      Zaman Khulafa al-Rasyidin bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w apabila Abu Bakar as-
               Siddiq  dilantik  oleh  umat  Islam  sebagai  khalifah  pertama  pada  tahun  632M.  Zaman  ini  menyaksikan
               kemunculan 3 lagi iaitu Khalifah Umar bin al-Khattab , Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
               Gelaran Khulafa al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar dan model kepimpinan nabi s.a.w.
               Zaman  Khulafa  al-Rasyidin  menyaksikan  perkembangan  Islam  yang  kian  meluas  meliputi  dalam  dan  luar
               Semenanjung  Tanah  Arab.  Hal  ini  disebabkan  kejayaan  kempen  pendakwahan  dan  ketenteraan  yang
               dijalankan. Senario ini menyebabkan pelbagai golongan yang muncul pada zaman ini.


               ISI-ISI PENTING
               1.  Golongan Arab beragama Islam
                      Golongan Arab beragama Islam merupakan golongan majoriti dan paling berpengaruh. Mereka terdiri
               dari golongan Muhajirin dan Ansar. Golongan Muhajirin merupakan warga asal kota Mekah dan dikenali sebagai
               masyarakat  Quraisy.  Mereka  merupakan  kelompok  terawal  menerima  dan  memeluk  Islam.  Golongan  ini
               kemudiannya berhijrah ke Madinah kerana penentangan kaum musyrikin Mekah. Manakala Golongan Ansar
               merupakan warga asal Madinah. Mereka terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang menganut Islam hasil
               pertemuan mereka dengan nabi di Mekah melalui Perjanjian Aqabah 1 & 2.
               Golongan  Arab  Islam  ini  merupakan  tunjang  kepada  kekuatan  dan  aset  yang  bernilai  dalam  pentadbiran
               kerajaan.  Buktinya,  para  khalifah  terdiri  daripada  bangsa  Arab.  Contohnya  Abu  Bakar  as-Siddiq,  Umar  al-
               Khattab dan lain-lain. Sebahagian mereka juga menjadi ahli Majlis Syura Tertinggi. Begitu juga dengan gabenor
               serta pegawai-pegawai kerajaan lain termasuk panglima tentera seperti Khalid bin al-Walid Abu Ubaidah al-
               Jarrah dan Saad bin Muaz.

               2.  Golongan bukan Islam.
               Terdiri  daripada  golongan  kafir  zimmi  dan  kafir  harbi.  Golongan  kafir  zimmi  dikehendaki  membayar  jizyah
               sebagai balasan kepada kerajaan Islam kerana melindungi harta dan nyawa mereka. Golongan kafir harbi ialah
               golongan yang memusuhi kerajaan Islam dan sering mencari kesempatan untuk menjatuhkan kerajaan ini.

               3.  Golongan al-Riddah
               Golongan al-Riddah merupakan golongan anti kerajaan Islam yang muncul pada zaman khalifah Abu Bakar as-
               Siddiq.  Golongan  ini  enggan  menerima  kepimpinan  khalifah  Abu  Bakar.  Golongan  al-Riddah  telah  muncul
               disebahagian  tanah  Arab  kecuali  Mekah,  Madinah  dan  Taif.  Kewujudan  mereka  berpunca  oleh  penularan
               semula  semangat  assabiyah  dan  ketidakfahaman  terhadap  ajaran  Islam  yang  sebenar.  Golongan  ini
               merangkumi golongan murtad, enggan membayar zakat, dan golongan nabi palsu.
               Golongan murtad adalah terdiri daripada kabilah-kabilah Arab yang menerima Islam kerana terpaksa. Setelah
               nabi wafat, mereka kembali semula kepada amalan jahiliyah kerana mereka memiliki iman yang lemah. Antara
               ketua golongan ini termasuk al-Hattan bin Dzabiah dari Bani Bakr, Qais (puak Badwi) dan Bani Syaiban.
               Kedua  golongan  yang  enggan  membayar  zakat  kerana  menyalah  tafsirkan  al-Quran.  Mereka  berpendapat
               zakat  merupakan  ufti  yang  hanya  wajib  dibayar  semasa  nabi  s.aw  hidup  sahaja..  Mereka  terdiri  daripada
               penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah. Di Yamamah, golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin al-Mughirah
               manakala di Najd (tengah Tanah Arab) dipimpin oleh Thulaihah al Khuwailid dari Bani Asad.
               Ketiga, golongan Nabi Palsu dan para pengikutnya seperti Sajah binti Harith dari Bani Tamim dan Musailamah
               al-Kazzab dari Yamamah yang mempunyai pengikut seramai 40 ribu orang.
               Khalifah  Abu  Bakar  mengambil  tindakan  diplomasi  dengan  menghantar  para  pendakwah.  Disusuli  dengan
                                                                                                               16
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20