Page 31 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 31

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      di  Almeria  dan  Malaga  mengeluarkan  kain  bersulam  emas.  Granadajuga  terkenal
                                      dengan perusahaan celup, penghasilan barangan kulit dan barangan kemas. Sektor
                   pertanian  juga  diberi  perhatian  dimana  sistem  pengairan  dan  jenis  tanaman  disesuaikan.  Kegiatan
                   perdagangan turut berkembang kerana Granada turut mengekspot barang keluarannya ke luar negara.

               KESIMPULAN
                       Kesimpulannya, Kerajaan al-Muwahhidun dan Nasriyah telah memerintah Andalus sehingga kerajaan
               ini dikalahkan oleh tentera-tentera Kristian pada tahun 1212M.


               Soalan  16  :  Bincangkan    konsep  jihad  dan  kepentingannya  kepada    masyarakat  Islam  zaman  Nabi
               Muhammad saw dan zaman Khalifah al-Rasyidin.

               PENDAHULUAN
                      Islam agama yang cinta akan keamanan dan kedamaian kerana perkataan Islam sendiri membawa
               maksud  aman  (salam)  dan  kedamaian.  Islam  tidak  menganjurkan  peperangan  dan  melarang  sebarang
               pencerobohan ke atas wilayah lain tanpa alasan yang munasabah.Peperangan dalam Islam diistilahkan dengan
               jihad ialah peperangan di jalan Allah (Fi Sabillah) sebagai tanda pengabdian Muslim hanya kepada Allah SWT.
               Jihad berlaku sejak zaman Rasulullah SAW selepas berhijrah ke Madinah sehinggalah kewafatan baginda.
               Baginda berjihad menyebarkan dakwah, mempertahankan kesucian dan keutuhan Islam dan ianya diteruskan
               oleh para sahabat . Sebenarnya jihad mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada masyarakat Islam.

               ISI-ISI PENTING
               A.  Konsep Jihad
               ●  Dari segi bahasa, jihad bermaksud penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai suatu cita-cita,
                   iaitu  menegakkan  syiar  Islam.Jihad  berasal  daripada  bahasa  Arab,iaitu  al-Jahdu  dan  al-Jihad  yang
                   bermaksud  pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak
                   sesuatu yang dibenci.
               ●  Menurut Al-Quran dan Hadis, jihad diterjemahkan sebagai ‘berjuang.’ Jihad sebagaimana diperintahkan
                   dalam Islam bukanlah tentang membunuh atau dibunuh tetapi tentang bagaimana berjuang  memperoleh
                   keredhaan Ilahi.
               ●  Mengikut tokoh sejarawan Islam, Abu a’la al Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar perjuangan tetapi
                   satu  perjuangan  di  jalan  Allah  SWT  dan  fissabilillah  merupakan  syarat  utama  bagi  jihad  dalam
                   Islam.Menurut Mazhab Hanafi pula, jihad ialah mengajak orang kafir ke dalam pelukan Dil al-Haqq dan
                   memerangi mereka yang menolaknya. Menurut Mazhab Shafie, jihad sebagai berperang di jalan Allah SWT
                   dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang kafir.
               ●  Dalam Islam, mati syahid merupakan orang Islam yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah
                   membela  kebenaran  atau  mempertahankan  hak  dengan  penuh  kesabaran  dan  keikhlasan  untuk
                   menegakkan agama Allah. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju
                   mati syahid adalah berjuang di jalan Allah atau berjihad.

               B.  Kepentingan Jihad
               1.   Mempertahankan Agama Dan Negara
               ●  Salah  satau  kepentingan  jihad  adalah  untuk  mempertahankan  agama  dan  negara  Islam.Jihad  menjadi
                   keperluan  untuk  mempertahankan  kesucian  agama  Islam  daripada  tindakan  musuh.  Juga  untuk
                   mempertahankan negara dan wilayah Islam daripada pencerobohan musuh-musuh Islam.
               ●  Jihad mempertahankan agama dan negara memerlukan pengorbanan nyawa  dan tenaga yang merupakan
                   jihad   yang   paling   utama.Jihad  sebegini  melibatkan   jihad   di   medan   perang  dan   mereka
                   terkorban  diistilahkan  sebagai  syahid.
               ●  Ketika  zaman  Rasulullah  saw  Saidina  Hamzah  telah  gugur  atau  syahid  di  medan  Perang  Uhud  demi
                   mempertahan agama Islam dan negara Islam Madinah daripada diperangi oleh kaum Quraisy Mekah.


                                                                                                               32
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36